Berita Harian

Rugi lebih RM80,000 tanaman timun ditenggela­mi bah

- Disasters · Network Ten

Kuantan: Seorang pekebun di Kampung Pamah Rawas, Ulu Rong, Raub, kerugian lebih RM80,000 selepas kira-kira 10,000 beg semaian timun fertigasi yang diusahakan­nya musnah ditenggela­mi banjir, baru-baru ini.

Turut dibawa arus deras air selama lebih lima jam itu, lebih 1,000 ikan kelah dan tongsan yang diternak dalam dua kolam terletak dalam kawasan sama.

Zamri Othman, 48, berkata hampir keseluruha­n kawasan kebun dan kolam ikan miliknya ditenggela­mi banjir selepas hujan lebat beberapa jam di daerah Raub yang menyebabka­n berlaku banjir kilat seolah-olah kepala air.

Beliau berkata, hampir semua 10,000 beg semaian tanaman timun berusia dua minggu yang digantung ditenggela­mi air dan polibeg musnah dibawa arus deras air, selain sebahagian sistem paip air baja juga rosak dan hilang.

Katanya, walaupun kejadian banjir kali ini berlaku selama empat hingga enam jam sahaja, kesan kemusnahan pada tanaman dan ternakan ikan dalam kolam begitu tinggi hingga mencecah lebih RM80,000.

“Kehilangan lebih 1,000 ikan kelah dengan berat antara sekilogram hingga enam kilogram amat dirasakan, malah impian meraih pendapatan lumayan hasil jualan ikan berkenaan tidak menjadi kenyataan selepas projek akuakultur itu bermula pada 2013.

“Sebelum ini saya pernah menjual beberapa ikan itu bersaiz enam kilogram dengan harga RM160 sekilogram. Ikan spesies berkenaan mendapat permintaan tinggi, walaupun diternak dalam kolam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zamri berkata, banjir kali ini menyebabka­n kerugian besar terpaksa ditanggung berbanding banjir pada 2021 apabila projek tanaman timun fertigasi yang baru diusahakan musnah.

Beliau berkata, tebing kolam juga runtuh disebabkan taburan hujan berlebihan yang menyebabka­n beberapa pokok durian Musang King tumbang.

“Tahun depan saya bercadang menangkap semua ikan kelah yang ada dalam dua kolam dan mungkin menyimpan beberapa ekor yang matang untuk dijadikan induk.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, malah tetap meneruskan projek tanaman fertigasi selepas ini,” katanya.

 ?? ?? Kawasan projek kebun sayur fertigasi yang diusahakan Zamri ditenggela­mi banjir di Kampung Pamah Rawas, Ulu Rong, Raub baru-baru ini.
Kawasan projek kebun sayur fertigasi yang diusahakan Zamri ditenggela­mi banjir di Kampung Pamah Rawas, Ulu Rong, Raub baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia