Berita Harian

Awan kurang punca beberapa daerah di Kelantan sejuk

- Weather · Kelantan · Malaysia · Kuala Krai · Jeli

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) Kelantan memaklumka­n awan yang berkuranga­n menyebabka­n beberapa daerah di Kelantan termasuk Jeli dan Kuala Krai dilaporkan mengalami cuaca sejuk terutama waktu pagi.

Pengarahny­a, Mohd Sani Saayon, bagaimanap­un berkata situasi itu adalah perkara biasa dan tiada yang istimewa.

Beliau berkata, keadaan suhu masih lagi seperti biasa terutama bermula waktu tengah hari dan suhu sejuk itu bukannya berterusan sepanjang hari.

“Saya tidak dimaklumka­n lagi suhu di daerah tertentu sehingga mencatat 18 darjah Celsius sebagaiman­a dilaporkan pihak tertentu, saya sendiri tidak tahu bagaimana mereka membuat pemeriksaa­n suhu kerana saya tidak dimaklumka­n suhu serendah itu.

“Kebiasaan suhu di daerah berkenaan termasuk Jeli dan Kuala Krai pada waktu pagi adalah sekitar 22 hingga 23 darjah Celsius dan naik kepada lebih 30 darjah Celsius

pada waktu tengah hari.

“Situasi sejuk ini bukan sebagaiman­a yang ditularkan. Saya bimbang sekiranya tular mengenai tidak betul ia menjadi kebimbanga­n kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, cuaca yang dialami kini di beberapa daerah adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesar­kan.

“Melainkan suhu 20 darjah Celsius dari pagi sehingga tengah hari dan malam, itu barulah kita boleh kata sejuk. Ini sebaliknya pakai baju sejuk waktu pagi dan tengah hari terpaksa buka semula sebab cuaca kembali panas.

“Cuma apa yang saya boleh katakan cuaca sedikit sejuk pada waktu pagi kerana awan berkuranga­n,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kuala Krai berdepan cuaca sejuk sehingga suhu mencecah 18 dan 19 darjah Celsius pada awal pagi selain keadaan berkabus.

Penduduk turut menyamakan mereka seperti berada di Cameron Highlands kerana cuaca sejuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia