Berita Harian

Tanah runtuh, penghuni diarah kosongkan rumah

Hujan lebat, banjir kilat landa ibu negara

- Oleh Safeek Affendy Razali dan Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my Weather · Disasters · Klang · Kuala Lumpur · Malaysia · Hujan

Hujan lebat melanda ibu negara semalam, menyebabka­n tanah runtuh di kawasan Taman Bunga Raya di Jalan Genting Klang-kem Wardieburn, di sini.

Kejadian berlaku pada jam 5.43 petang itu menyebabka­n sebuah rumah di taman terbabit terjejas, dengan penghuni di beberapa kediaman sekitar turut diarah mengosongk­an rumah masing-masing.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, berkata enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian membabitka­n kawasan lereng bukit itu.

“Maklumat diterima daripada pihak polis memaklumka­n penghuni rumah berhampira­n sudah diarahkan keluar berikutan masih terdapat pergerakan tanah,” katanya melalui kenyataan.

Pihak bomba memaklumka­n

operasi pemantauan masih diteruskan anggota di lokasi dan setakat ini hanya sebuah rumah terbabit, namun terdapat rumah lain berdekatan dengannya.

Beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara turut dilanda banjir kilat susulan peningkata­n paras air Sungai Klang.

Ramalan ribut petir

Sementara itu, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan

membadai negeri di utara Semenanjun­g hingga awal minggu depan, terutama pada sebelah petang dan awal malam.

Menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) dalam satu kenyataan, semalam, keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah.

Mengenai air pasang besar yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini pula, Metmalaysi­a memaklumka­n fenomena air

pasang besar berlaku beberapa kali dalam setahun dengan magnitud berbeza.

“Sekiranya hujan lebat bersekali dengan air pasang besar, maka terdapat kemungkina­n banjir akan berlaku,” katanya.

Jadual air pasang harian boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di https:// www.jupem.gov.my/peta-laman/ staps.

 ?? ?? Sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang-kem Wardieburn, terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat petang semalam.
Sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang-kem Wardieburn, terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia