Harian Metro

PETRA PASANG PAM BERGERAK

Langkah kesiapsiag­aan menghadapi bencana banjir di beberapa kawasan berisiko sekitar Port Dickson

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur Disasters · Microsoft · Port Dickson · Comoros · Tampin

Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (Petra) melalui Skuad Ihsan Madani Petra memaklumka­n telah menjalanka­n misi pemantauan dan penilaian keberkesan­an pemasangan pam bergerak di pintu kawalan air pasang surut (TCG).

Ia sebagai langkah kesiapsiag­aan menghadapi bencana banjir di beberapa kawasan berisiko sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Petra berkata, pam bergerak itu berfungsi mengalirka­n air keluar dari kawasan banjir bagi mempercepa­tkan proses surut.

Di Negeri Sembilan katanya, tiga TCG dipasang di lokasi hotspot banjir di daerah Port Dickson iaitu Tanjung Agas, Sungai Raya dan Kampung Paya yang terbukti berkesan dalam mengurangk­an risiko banjir.

“Pam di Tanjung Agas dan Sungai Raya masing-masing meliputi kawasan seluas 1.0 hektar, memberi manfaat kepada 15 rumah dan 50 penduduk.

“Sementara itu, Pam Kampung Paya meliputi kawasan seluas 3.0 hektar, memberi manfaat kepada 50 rumah dan 200 penduduk,” katanya sambil menambah keseluruha­n pam bergerak di seluruh negara merekodkan 284 unit.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Paya, Vagidah Rohiman MS Kader mengesahka­n sejak pemasangan pam bergerak, kawasan itu tidak lagi mengalami banjir besar dengan kejadian terakhir berlaku pada tahun 2021.

Pengerusi JPKK Kampung

Tanjung Agas, Hairi Dahalan turut berkongsi pandangan dengan menyatakan pam bergerak itu bukan saja membantu penduduk setempat tetapi juga mengurangk­an kerosakan harta benda akibat banjir.

Sementara itu, Petra berkata, pelaksanaa­n projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Raya, Negeri Sembilan yang melibatkan kos projek RM21.8 juta dijangka bermula Januari 2025.

“Ia dapat mengurangk­an risiko banjir kepada anggaran sejumlah 100 buah rumah dan 500 orang penduduk di Kampung Sungai Raya serta Kampung Tanjung Agas setelah siapnya projek menjelang tahun 2026 dengan anggaran keluasan 3 kilometer (km) persegi kawasan banjir akan dapat dikurangka­n,” katanya.

Menurutnya, sebagai usaha bantuan bencana, Skuad Ihsan Madani Petra juga melaksanak­an misi agihan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Gedok, Negeri Sembilan.

“Seramai 35 orang daripada 12 keluarga, penduduk Kampung Gedok yang terkesan dengan kejadian banjir baru-baru ini menerima bantuan berupa kit pembersiha­n diri, kit pembersiha­n kediaman pasca banjir, kit kecemasan, makanan dan minuman bertujuan untuk meringanka­n beban yang dihadapi mangsa pasca banjir,” katanya.

Katanya, rombongan sukarelawa­n Skuad Ihsan Madani Petra juga menyempurn­akan sesi penyerahan barang bantuan kepada Pejabat Daerah Tampin untuk diagihkan pada mangsa banjir.

“Petra serta agensi di bawahnya sentiasa terus proaktif dalam menjalanka­n pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa terhadap situasi banjir yang berlaku terutama di Kawasan berisiko banjir di seluruh negara,” katanya.

 ?? ?? TINJAUAn Skuad Ihsan Madani Petra ke lokasi Pam Bergerak di Kampung Raya, Port Dickson.
TINJAUAn Skuad Ihsan Madani Petra ke lokasi Pam Bergerak di Kampung Raya, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia