Berita Harian

24 sekolah di Kota Kinabalu terjejas banjir

- Kota Kinabalu · Sabah · British North Borneo · Brunei Darussalam · Patrick Star

Sebanyak 24 sekolah di daerah Beaufort dan Membakut terjejas akibat banjir dan dijangka tidak dapat beroperasi pada sesi persekolah­an hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin, berkata jumlah itu dilaporkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort sehingga kelmarin.

Katanya, sekolah yang tidak dapat beroperasi akibat banjir diberi kebenaran untuk menggantik­an hari yang tertinggal pada Sabtu selepas situasi banjir pulih.

“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir.

“Ini bagi memastikan jumlah hari persekolah­an memenuhi 190 hari seperti ditetapkan dalam Akta Pendidikan,” katanya, di sini.

Bagi daerah Beaufort, sekolah yang terjejas akibat banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, SK Lago, SK Bangkalala­k, SK Klias Baru, SK Lupak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST John, SMK ST Paul, SK Suasa, SK Pintas, SK Batu 60, SK Bukau dan SK Garama.

Turut terjejas banjir ialah SK Biah Batu 65, SJKC Kung Ming, SK Lingkungan, SK Kebulu, SK Ladang Lumadan dan SJKC Lian Hwa.

Sementara itu, di Membakut sekolah yang terjejas banjir ialah SK Pekan Membakut, SK Kampung Brunei, SK Bambangan, SK ST Patrick, SK Sinoko dan SK Bandau.

Banjir besar melanda keduadua daerah itu sejak semalam berikutan hujan lebat berterusan di kawasan pedalaman Sabah dengan lebih 1,400 mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia