10 operasi pembenihan awan di 3 negeri
Langkah atasi gangguan bekalan air semakin susut berikutan cuaca panas
Kuala Nerus: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melakukan 10 operasi pembenihan awan di Johor, Kedah dan Perak mulai hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembenihan awam itu akan dilakukan masing-masing di tiga lokasi di Johor,
Kedah (tiga) dan Perak (satu).
Katanya, pembenihan awan bertujuan meningkatkan paras air di Empangan Upper Layang, Pulai dan Empangan Machap di Johor akan dilakukan bermula hari ini dan Khamis ini.
Beliau berkata, pembenihan awan di Kedah untuk Empangan Pedu, Empangan Muda dan Ahning serta Empangan Bukit Merah di Perak akan dilakukan
pada Jumaat dan Sabtu ini.
“Kita akan melakukan pembenihan awan secara ulangan di Empangan Upper Layang, Empangan Pulai dan Empangan Machap di Johor pada Ahad depan,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi NADMA menyampaikan ucapan Penggulungan Pemukiman Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKDW) dan Syarikat
Milikan Agensi 2026.
Cuaca panas tahap amaran
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku Ijtihad Demi Rakyat di Taman Tamadun Islam (TTI), sebuah kompilasi petikan ucapan dan pencapaian utama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ahmad Zahid berkata, operasi
pembenihan awan dilaksanakan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang semakin susut berikutan cuaca panas pada Musim Barat Daya (MBD).
Katanya, cuaca panas di tiga negeri itu kini dilaporkan berada pada tahap amaran.
“Kita tidak perlu menunggu cuaca panas berada pada tahap kritikal untuk melakukan operasi pembenihan awan,” katanya.