Berita Harian

Pekan Sungai Lembing kembali dinaiki air

Berapa laluan ditutup kepada kenderaan ringan berikutan banjir

- Oleh Asrol Awang bhnews@bh.com.my Disasters · Terengganu · Kelantan · Pahang

Pekan Sungai Lembing, di sini kembali dilanda banjir petang semalam, kali ketiga dilaporkan berlaku dalam tempoh kira-kira sebulan dengan beberapa jalan menuju kawasan itu juga dilapor terhalang.

Banjir dikatakan berpunca limpahan Sungai Lembing yang direkod melepasi paras bahaya, iaitu 40.31 meter (m) semalam, berbanding 36m paras normal.

Ia menyebabka­n beberapa laluan di Jalan Kuantan-sungai Lembing, di sini tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air antara 0.2 dan 0.5m.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah melalui perkongsia­n di Facebook memaklumka­n jalan utama ke Bandar Sungai Lembing dinaiki air, manakala jalan dalam pula berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang sejak malam kelmarin.

“Saya merasai kebuntuan mangsa banjir di Sungai Lembing apabila kedua-dua laluan ini terhalang

dan menyukarka­n pihak berwajib untuk menghantar bantuan kepada mereka.

“Oleh itu, saya mengupah jengkaut untuk membersihk­an jalan dalam yang agak tinggi sebagai laluan alternatif bagi tujuan penghantar­an bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing,” katanya.

Dalam pada itu, Facebook Roadcare Kawasan Kuantan-p1 melaporkan, Jalan Sungai Lembing di Pasir Kemudi ditutup kepada kenderaan ringan berikutan dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Jalan Sungai Lembing di Jambatan Sungai Danau dan di Ladang Sawit Kampung Kolek turut ditutup kepada kenderaan ringan berikutan banjir dengan penduduk di kawasan rendah, terutama berhampira­n sungai dinasihat bersiap sedia untuk berpindah jika paras air terus meningkat.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 171 mangsa daripada 74 keluarga di Sungai Lembing dipindahka­n ke dua PPS, iaitu di SMK Sungai Lembing dan di Kampung Batu 6 Sungai Lembing.

2,626 di PPS tiga negeri

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan 2,626 mangsa banjir berlindung di 31 PPS di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Di Terengganu, mangsa banjir terus meningkat kepada 2,105 berbanding 1,541 orang pada sebelah pagi, dengan NADMA melaporkan 10 PPS beroperasi di daerah Setiu menempatka­n 1,048 mangsa, Besut (lapan PPS, 480 orang), Hulu Terengganu (lima PPS, 294 orang) dan Dungun (empat PPS, 283 orang).

Dua PPS di daerah Kemaman yang menempatka­n 24 orang ditutup.

NADMA turut memaklumka­n jumlah mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan menurun kepada 350 orang di dua PPS, manakala 171 mangsa berlindung di dua PPS di Kuantan, Pahang.

 ?? (Foto ihsan Roadcare Kuantan) ?? Jalan Kuantan-sungai Lembing di Pasir Kemudi tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air antara 0.2 dan 0.5 meter.
(Foto ihsan Roadcare Kuantan) Jalan Kuantan-sungai Lembing di Pasir Kemudi tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air antara 0.2 dan 0.5 meter.
 ?? (Foto FB) ?? Pekan Sungai Lembing kembali dilanda banjir petang semalam.
(Foto FB) Pekan Sungai Lembing kembali dilanda banjir petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia