Berita Harian

Lebih sebulan Taiping tak hujan

Taman tasik hampir kering kontang, tanah merekah

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi bhnews@bh.com.my Weather · Drought · Natural Disasters · Disasters · Kuala Kangsar

Taiping yang dikenali sebagai ‘Bandar Hujan’ tidak terkecuali daripada menerima kesan musim kemarau.

Bandar itu sudah lebih sebulan tidak menerima hujan dan keadaan itu amat jarang berlaku.

Tinjauan BH mendapati beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping hampir kering kontang sehingga nampak dasarnya.

Keadaan tanah yang merekah turut menampakka­n hidupan seperti siput mati.

Belum pernah berlaku

Pengunjung dari Kuala Kangsar, Zakri Yusoff, 60, berkata beliau terkejut dengan kejadian berkenaan dan seumpama itu

belum pernah berlaku.

“Sejak dari saya kecil lagi di sinilah tempat saya dan keluarga bersantai, khususnya pada waktu cuti sekolah.

“Saya bukanlah penduduk di

sini tapi sepanjang pengetahua­n saya, belum pernah lagi melihat Taman Tasik Taiping kering.

“Jadi bila dah lama tak datang, hari ni saya terkejut apabila mendapati airnya sudah susut

lebih dari separuh sehingga menampakka­n dasarnya dan boleh dilalui manusia,” katanya di sini.

Zakri berkata, bagi memastikan keadaan tasik ini terpelihar­a beliau mencadangk­an pihak berkaitan agar mengorek dan mendalamka­n lagi Taman Tasik ini bagi membolehka­n pelbagai aktiviti air dapat dilakukan, biarpun musim kemarau.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping hampir kering kontang sehingga nampak dasar akibat cuaca panas.
(Foto BERNAMA) Beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping hampir kering kontang sehingga nampak dasar akibat cuaca panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia