Harian Metro

Penduduk panik siren amaran banjir tidak berbunyi

- Disasters · people · Malaysia

Penduduk Kampung Limau Kasturi di sini meminta pihak berkaitan segera mengatasi masalah siren amaran banjir yang gagal berfungsi ketika banjir melanda minggu lalu.

Penduduk mendakwa terdapat dua sistem siren amaran banjir di kawasan itu yang berlaku kerosakan dan perlu diselengga­ra pihak berwajib.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JPKKP) Kampung Limau

Kasturi, Aluwi Muda berkata, dalam kejadian banjir pada minggu lalu penduduk kelam-kabut apabila siren tidak berbunyi ketika air berada di paras berjaga-jaga.

Katanya, siren amaran banjir hanya berbunyi apabila air sudah sampai pada paras bahaya dan mula melimpahi jambatan serta rumah penduduk.

“Dua siren itu diletakkan di bawah jambatan Sungai Galas dan di Kampung Dalam Lot. Namun, kedua-dua siren itu hanya berbunyi ketika air sungai berada di paras amaran atau bahaya.

“Saya harap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dapat menyelengg­ara siren itu bagi memudahkan penduduk membuat persiapan untuk berpindah sekiranya Kampung Limau Kasturi dilanda banjir gelombang ketiga,” katanya ketika ditemui di Kampung Limau Kasturi di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mazita Mamat, 46, berkata, penduduk berharap pihak berkuasa dapat membuat pemeriksaa­n dan penyelengg­araan secara berkala bagi memastikan siren amaran awal banjir berfungsi dengan baik ketika musim tengkujuh. Katanya, walaupun

Siren amaran banjir hanya berbunyi apabila air sudah sampai pada paras bahaya

sudah dapat menjangkak­an berlakunya banjir kerana hujan berterusan, tetapi siren amaran awal itu penting sebagai amaran awal kepada penduduk terutama pada waktu malam.

“Sepanjang musim tengkujuh ini, penduduk sudah berdepan dua kali gelombang banjir dan kami harap ia dapat diselengga­ra sebelum berlaku banjir gelombang ketiga,” katanya.

Terdahulu media melaporkan banjir gelombang kedua menyaksika­n hampir 3,000 penduduk yang membabitka­n beberapa kampung di sekitar Kampung Limau Kasturi terputus hubungan apabila jambatan yang menjadi laluan utama untuk keluar di perkampung­an terbabit ditenggela­mi air Sungai Kerak.

Penduduk mendakwa air mula melimpahi jambatan Sungai Kerak dalam tempoh tiga jam turut menenggela­mkan rumah penduduk yang terletak berhampira­n sungai terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia