Berita Harian

‘Air naik sangat cepat, tak sempat alih perabot’

Kampung Paroi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sepanjang malam

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my Disasters · Muhammad Iqbal · Rembau

Seremban: “Kejadian banjir kilat kali ini agak teruk walaupun tidak seteruk pada 2008, apabila air naik dan memenuhi kawasan dalam dan halaman rumah setinggi hampir paras lutut.

“Kami tidak sempat menyelamat­kan beberapa barangan terutama perabot kerana kejadian itu berlaku dengan cepat pada jam 5 pagi, Khamis lalu ketika ahli keluarga sedang tidur,” kata Muhammad Iqbal Ramli, 32, antara penduduk Kampung Paroi, di sini yang dilanda banjir kilat pagi Khamis lalu.

Kakitangan swasta berkenaan berkata, ketika dia sedar, air sungai berhampira­n kediamanny­a melimpah dan memenuhi sebahagian kawasan kediaman penduduk kampung.

“Air naik begitu cepat selepas hujan lebat sepanjang malam, kami tak jangka banjir boleh menimpa kampung ini.

“Kali terakhir kampung ini mengalami banjir kilat pada 2008. Saya tak berapa pasti apa puncanya, tapi difahamkan ada kerja membuat jalan baharu di laluan Seremban-kuala Pilah berhampira­n Ulu Bendul ketika ini.

“Ada kemungkina­n ia menjadi salah satu faktor menyebabka­n banjir ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, di kampung itu, petang kelmarin.

Kabin dibina pecah

Sementara itu, Mohamad berkata, sebanyak 42 rumah terbabit dalam kejadian banjir kilat.

Beliau berkata, sebelum ini Sungai Paroi pernah digali dan dibuat kabin sebagai langkah mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar tetapi pihaknya mendapati terdapat tiga tempat kabin didapati pecah.

“Jadi saya minta kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membetulka­n

kabin yang telah pecah itu supaya tebing sungai tidak runtuh, yang boleh memburukka­n lagi keadaan.

“Saya dimaklumka­n, pihak JPS Negeri Sembilan telah melawat kawasan ini, namun saya akan menghubung­i pengarah JPS negeri untuk melihat apa pandangan serta cadangan mereka dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

Mohamad berkata, tindakan proaktif daripada pihak berkuasa perlu untuk memastikan banjir kilat di kampung itu tidak berulang.

“Bila banjir banyak kemusnahan harta benda berlaku. Saya akan cuba bawa cadangan atau pandangan daripada JPS negeri ke peringkat Persekutua­n agar masalah yang dialami Kampung Paroi ini ditangani,” katanya.

 ?? ?? Muhammad Iqbal menunjukka­n perabot rumahnya yang rosak akibat ditenggela­mi banjir kilat Khamis lalu.
Muhammad Iqbal menunjukka­n perabot rumahnya yang rosak akibat ditenggela­mi banjir kilat Khamis lalu.
 ?? (Foto Mohd Amin Jalil/bh) ?? Mohamad ketika melawat mangsa banjir kilat di Kampung Paroi, Seremban, kelmarin.
(Foto Mohd Amin Jalil/bh) Mohamad ketika melawat mangsa banjir kilat di Kampung Paroi, Seremban, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia