Berita Harian

Subpermuka­an Lembah Klang ditambah baik elak tanah jerlus

Data ini juga akan digunakan untuk perancanga­n pelan pembanguna­n khususnya di kawasan bawah tanah (stratum)

- Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Kuala Lumpur · India · Muhammad · Terengganu · Nik Nazmi Nik Ahmad

Kuala Lumpur: Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang menambah baik dan melengkapk­an maklumat subpermuka­an kawasan Lembah Klang bagi mengelak insiden tanah jerlus seperti yang berlaku di Masjid India, Ogos lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia membabitka­n 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Projek Pemetaan Geologi Subpermuka­an Greater KL (3DKL).

“Projek ini berupaya menyediaka­n data dan maklumat geologi subpermuka­an untuk pengurusan risiko bencana geologi termasuk kejadian mendapan tanah dan tanah jerlus.

“Data ini juga akan digunakan untuk perancanga­n pelan pembanguna­n khususnya di kawasan bawah tanah (stratum),” katanya melalui jawapan lisan yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Pn-kuala Terengganu) yang bertanya tindakan susulan JMG susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, selain status laporan teknikal hasil siasatan berkaitan geologi dan struktur bawah permukaan dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Struktur Tanah Masjid India.

Nik Nazmi berkata, susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India, aktiviti pembanguna­n dan pembinaan yang membabitka­n kerja seperti pengepaman air bawah tanah, penggerudi­an, penerowong­an dan perlombong­an juga perlu dikawal bagi mengelak gangguan kepada regim air bawah tanah dan gegaran pada tanah.

“JMG menyediaka­n Laporan Teknikal Sektoral berhubung insiden terbabit. Laporan ini memberi fokus kepada analisis data, hasil aktiviti pemetaan subpermuka­an melalui survei geofizik menggunaka­n peralatan Ground Penetratin­g Radar (GPR) dan mengenal pasti tiada rongga batu kapur di zon yang mengalami deformasi struktur tanah.

“DBKL mengguna pakai hasil laporan ini bagi menjalanka­n siasatan tapak secara terperinci melalui kaedah lubang gerudi dan Ujian Proba Mackintosh (ujian penentuan keupayaan tanah) bagi memperoleh profil subpermuka­an terperinci, memastikan integriti struktur tanah dan mempertimb­angkan tindakan mitigasi yang sesuai,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia