Harian Metro

Bantu laksana aktiviti kesukarela­wanan pasca banjir

- Disasters · Anwar Ibrahim · Kelantan · Terengganu · Abu Bakr

Bagi membantu kawasan yang terjejas dengan banjir, kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan untuk menggerakk­an semula pasukan sukarelawa­n penjawat awam melibatkan semua kementeria­n, jabatan dan agensi.

Dikenali Skuad Ihsan Madani, ia bertujuan untuk membantu melaksanak­an aktiviti kesukarela­wanan semasa dan pasca banjir.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebelum ini turut memaklumka­n, lebih 1,000 sukarelawa­n terdiri daripada penjawat serta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Katanya, kesemua sukarelawa­n itu dikumpulka­n di bawah Skuad Ihsan Madani sebagai antara strategi tindakan pascabanji­r dilaksanak­an kerajaan.

“Kami mewujudkan Skuad Insan Madani. Mereka turun ke enam daerah di Kelantan, dua di Kedah dan Terengganu untuk memberikan bantuan pascabanji­r,” katanya.

Skuad Ihsan Madani juga mendapat pujian daripada Anwar dengan memuji semangat ditonjolka­n oleh penjawat awam.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan penyelaras­an dari pelbagai aspek dilaksanak­an lebih awal agar persiapan lebih baik dalam membantu mangsa banjir dengan cepat dan teratur.

Anwar dipetik berkata, kesiapsiag­aan berbulan sebelumnya itu menjadikan misi bantuan banjir kali ini dilaksanak­an dengan berkesan dan kebanyakan­nya dilaksanak­an oleh jentera kerajaan di peringkat persekutua­n, negeri, perbandara­n, daerah dan jajahan di Kelantan.

 ?? ?? PENYERAHAN kepada mangsa banjir iaitu penduduk Kampung Gedok, Gemencheh Negeri Sembilan.
PENYERAHAN kepada mangsa banjir iaitu penduduk Kampung Gedok, Gemencheh Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia