Harian Metro

Rugi RM177j akibat banjir

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my Tumpat Business · Disasters · Agriculture · Industries · Malaysia · Mohamad Sabu · Kelantan · Khalid Abdul Samad

Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Malaysia (KPKM) merekodkan kerugian lebih RM177 juta di seluruh negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerugian itu meliputi sektor pertanian dan ternakan serta jumlah itu dijangka terus meningkat.

“Pihak kementeria­n masih lagi melakukan bancian berhubung jumlah kerugian dan bantuan akan disalurkan kepada mereka yang terjejas secara berperingk­at.

“Seperti biasa KPKM akan aktif selepas bencana banjir dan saya mengarahka­n semua supaya turun ke lapangan untuk membanci kerugian yang dialami mangsa banjir.

“Setakat ini nilai kerugian lebih RM177 juta termasuk di Kelantan lebih RM33 juta dan dijangka semakin meningkat.

“Setakat ini nilai kerugian lebih RM177 juta termasuk di Kelantan lebih RM33 juta” Mohamad Sabu

Bantuan kepada mereka yang terjejas akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an bantuan kepada pesawah terjejas banjir di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Khalid Abdul Samad.

Mengulas bantuan berkenaan, Mohamad berkata, sebanyak RM6.3 juta disalurkan kepada pesawah di Kelantan yang terjejas banjir.

Katanya, seramai 10,628 pesawah yang menerima bantuan berkenaan dengan setiap penerima mendapat RM600.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia