Berita Harian

80 rumah atas air musnah dalam kebakaran

- Disasters · Fires · Incidents · Malaysia · Royal Malaysian Police · Sabah · Sri Aman · Kunak · Sabah Electricity

Sebanyak 80 rumah musnah dalam kebakaran di penempatan atas air, dekat Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata dalam kebakaran kira-kira jam 7.30 pagi itu, api marak dengan pantas berikutan keadaan rumah papan yang rapat di antara satu sama lain.

Beliau berkata, tiga mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap, namun dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) yang berada di lokasi.

“Operasi pemadaman membabitka­n 51 anggota, termasuk dari

BBP Kunak serta Bomba Komuniti Titingan dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 80 minit untuk memadam kebakaran sehingga api dikawal pada jam 9.20 pagi,” katanya yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.46 pagi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata, operasi turut membabitka­n agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan lapan anggota serta tiga kakitangan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Katanya, turut berada di lokasi, dua pegawai pasukan Forensik Kebakaran Zon Tawau, bagi mengenal pasti punca kebakaran.

 ?? (Foto ihsan Unit Dron BBP Tawau) ?? Gambar dari udara menunjukka­n kesan kebakaran rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas Tawau, semalam.
(Foto ihsan Unit Dron BBP Tawau) Gambar dari udara menunjukka­n kesan kebakaran rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia