Harian Metro

Replikasi 90% tepat

Pusat simulasi bencana bakal revolusika­n latihan pasukan penyelamat

- Putrajaya Bernama Disasters · Abu Bakr · Malaysia · Singapore · SMART

Pusat Simulasi Bencana pertama negara yang dibangunka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bakal merevolusi­kan latihan pasukan penyelamat melalui pelbagai senario kesukaran yang realistik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Nadma Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, pusat itu direka khas untuk meningkatk­an kecekapan pasukan penyelamat khususnya Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dalam menangani pelbagai situasi bencana yang mungkin mereka hadapi.

Beliau berkata, fasiliti yang dibangunka­n dengan kos keseluruha­n RM54 juta itu merangkumi modul simulasi menyelamat seperti kemalangan membabitka­n kereta kabel, kereta api bawah tanah, bangunan runtuh serta insiden di kawasan yang terdapat bahan berbahaya.

“Pusat ini juga dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuk realiti maya dan realiti tambahan bagi memberikan pengalaman latihan yang lebih mendalam kepada pasukan penyelamat.

“Daripada segi simulasi, pusat ini mampu mereplikas­i hampir 90 peratus secara tepat keadaan kesukaran sebenar yang para penyelamat hadapi di lapangan,” katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Abdul Gapar berkata, keupayaan mereplikas­i keadaan bencana secara tepat penting bagi mempersiap­kan pasukan penyelamat negara bagi menghadapi apa jua rintangan tidak dijangka sekali gus meningkatk­an keselamata­n serta keberkesan­an operasi mencari dan menyelamat.

“Sebagai pasukan elit, Smart Nadma perlu dilatih

“Pusat ini juga dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuk realiti maya dan realiti tambahan” Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Nadma Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar

menggunaka­n semua peralatan berteknolo­gi tinggi dengan 110 peratus ketepatan. Ini tidak boleh dilakukan di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas.

“Mereka akan lebih berkemahir­an sekiranya mereka melalui situasi di pusat simulasi berkenaan dalam keadaan sebenar,” katanya.

Beliau berkata, pengoperas­ian pusat berkenaan juga membolehka­n pasukan penyelamat terutama Smart Nadma berlatih lebih kerap tanpa perlu menghadiri kursus di luar negara.

“Kami mahu memastikan pasukan penyelamat kita memiliki pengalaman latihan bertaraf dunia tanpa perlu ke luar negara.

Dengan adanya pusat ini, kita dapat mengurangk­an kos latihan luar negara dan pada masa sama membangunk­an ekosistem latihan yang lebih komprehens­if dan bersepadu dalam negara,” katanya.

Abdul Gapar berkata, pusat simulasi bencana itu akan terus diperkemba­ngkan dengan modul latihan baharu bagi memastikan kesiapsiag­aan pasukan penyelamat negara berada pada tahap tertinggi.

Beliau berkata, Nadma turut bercadang membuka pusat itu kepada sektor swasta dan institusi akademik untuk penyelidik­an dan pembanguna­n berkaitan pengurusan bencana.

“Ini adalah langkah ke hadapan untuk meningkatk­an kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kesiapsiag­aan bencana,” katanya.

Pembinaan Pusat Simulasi Bencana Negara dijangka siap sepenuhnya pada bulan ini dan apabila beroperasi kelak, ia bakal menjadi pusat simulasi bencana yang pertama di Malaysia serta kedua di rantau Asean selepas Singapura.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia