Harian Metro

AMARAN KENAIKAN PARAS LAUT

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir am@hmetro.com.my Kuala Lumpur Sports · Weather · Disasters · Kelantan · Sarawak · Sabah · Victoria · Pahang · Terengganu · Strait of Malacca · Labuan

Jabatan Meteorolog­i (MetMalaysi­a) mengeluark­an amaran kenaikan paras laut yang berisiko mengakibat­kan limpahan air laut di pesisir pantai di beberapa negeri.

Situasi itu diramal menjejaska­n kawasan di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak dengan keadaan itu dijangka berlarutan hingga Selasa depan.

MetMalaysi­a juga meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah Timur dijangka berlarutan bagi tempoh sama.

Keadaan itu katanya, boleh menyebabka­n angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter dengan ia berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka membadai perairan Sarawak hingga Selasa depan dengan ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan bagi tempoh sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut,” katanya, semalam.

MetMalaysi­a juga mengeluark­an amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Selat Melaka, barat daya Samui, Tioman, Condore, Bunguran, utara dan selatan South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi hingga jam 2petang ini.

Keadaan itu katanya, boleh menyebabka­n angin kencang sehingga 50 kmsj

dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m, selain berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka di perairan barat Samui, Sulu hingga Selasa depan, yang berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di perairan timur Samui, Tioman, Labuan, selatan Bunguran, Palawan hingga Selasa depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmat­an feri,” katanya.

 ?? ?? MONSUN Timur Laut yang sedang melanda negara ini membawa cabaran kepada komuniti pesisir pantai. Di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, seorang lelaki gigih menjala ikan meskipun berhadapan dengan laut bergelora akibat fenomena cuaca tersebut. Orang ramai dinasihatk­an agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan laut sepanjang musim tengkujuh bagi mengelakka­n insiden yang tidak diingini disebabkan oleh angin kencang dan ombak besar. Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kuat semasa musim tengkujuh ini turut meningkatk­an risiko laut bergelora terutama di perairan Laut China Selatan. Keselamata­n harus diutamakan demi melindungi nyawa dan harta benda.
MONSUN Timur Laut yang sedang melanda negara ini membawa cabaran kepada komuniti pesisir pantai. Di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, seorang lelaki gigih menjala ikan meskipun berhadapan dengan laut bergelora akibat fenomena cuaca tersebut. Orang ramai dinasihatk­an agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan laut sepanjang musim tengkujuh bagi mengelakka­n insiden yang tidak diingini disebabkan oleh angin kencang dan ombak besar. Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kuat semasa musim tengkujuh ini turut meningkatk­an risiko laut bergelora terutama di perairan Laut China Selatan. Keselamata­n harus diutamakan demi melindungi nyawa dan harta benda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia