Berita Harian

‘Hilang kemeriahan rai Aidilfitri’

274 mangsa berpindah kali kedua ke PPS selepas rumah dinaiki air semula

- Oleh Alias Abd Rani bhnews@bh.com.my Disasters · Khadija bint Khuwaylid · Batu Pahat

“Raya belum sampai seminggu lagi kami sudah kena pindah, hilang rasa teruja nak raya,” kata mangsa banjir, Hadzalin Sanek.

Hadzalin, 50, antara 274 mangsa yang dipindahka­n kali kedua ke pusat pemindahan sementara (PPS), sejak kelmarin.

Ibu kepada dua anak berusia 22 dan 23 tahun serta emaknya, Siti Khadijah Karjo, 74, menetap di Kampung Baru, Sri Gading, di sini dipindahka­n pada hari raya keempat selepas hujan lebat sejak Selasa lalu.

“Kami bersemanga­t nak raya selepas dibenarkan pulang dua hari sebelum raya, siap beli daging dan keperluan lain. Tiba-tiba arahan dikeluarka­n agar kami segera ke PPS, kami reda walaupun hanya dapat meraikan Syawal dalam tempoh singkat.

“Kami risau keadaan rumah, jika lama digenangi air akan menyebabka­n kerosakan serta risau dimasuki haiwan liar.

“Kebun sawit sekitar juga sudah dinaiki air, jadi ada risiko binatang datang mencari tempat perlindung­an,” katanya, ketika ditemui di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, semalam.

Sementara itu, Halizan Rejab, 55, berkata air naik kali kedua mulai raya ketiga akibat hujan lebat ketika dia bersama ahli keluarga beraya.

Katanya, kejadian banjir kali ini paling lama, hampir dua minggu sejak 23 Mac lalu.

“Kami dimaklumka­n puncanya disebabkan projek tambak tanah di belakang Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sri Gading untuk taman perumahan.

“Keduanya aliran sungai utama di Parit Karjo, Senggarang tersekat akibat rumput tebal dan ini menyebabka­n aliran air ke laut perlahan.

Setakat ini di Sri Gading ada satu pam, kalau JPS boleh tambah hingga empat, maka air segera di bawa ke laut atau dibawa keluar dari tempat banjir

Gesa tambah pam air

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, berkata beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambah pam sedia ada bagi memudahkan air cepat surut.

Katanya, ketika ini pam yang ada tidak mencukupi untuk membantu mengalirka­n air banjir ke sungai.

“Setakat ini di Sri Gading ada satu pam, kalau JPS boleh tambah hingga empat, maka air segera di bawa ke laut atau dibawa keluar dari tempat banjir.

“Kita sedia maklum banjir termenung hanya berlaku di sini (Batu Pahat). Inilah masalah yang penduduk hadapi,” katanya.

 ?? ?? Antara rumah mangsa di Kampung Baru, Sri Gading yang ditenggela­mi air.
Antara rumah mangsa di Kampung Baru, Sri Gading yang ditenggela­mi air.
 ?? (Foto Alias Abd Rani/bh) ?? Hadzalin (dua dari kiri) bersama keluargany­a ditempatka­n di PPS SMK Sri Gading.
(Foto Alias Abd Rani/bh) Hadzalin (dua dari kiri) bersama keluargany­a ditempatka­n di PPS SMK Sri Gading.
 ?? Ahli Parlimen Sri Gading ?? Aminolhuda Hassan,
Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan,
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia