Harian Metro

Mangsa banjir terima Bantuan Wang Ihsan, Bantuan Wang Ihsan Kematian

- Disasters · Ahmad Zahid Hamidi · Mas Ermieyati Samsudin

Kuala Lumpur:

Dua jenis bantuan bencana disediakan Kerajaan Persekutua­n melalui peruntukan yang disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada semua negeri dilanda banjir iaitu Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan Wang Ihsan adalah sumbangan RM1,000 untuk ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana dan berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Manakala, Bantuan Wang Ihsan Kematian adalah sumbangan RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia akibat bencana.

“Sekiranya berlaku banjir besar di luar jangka, NADMA bersedia untuk menyalurka­n peruntukan tambahan sekiranya diperlukan mengikut permohonan oleh negeri berdasarka­n jumlah sebenar ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mengaktifk­an 8,481 PPS untuk menempatka­n 2.1 juta mangsa di seluruh negara.

Katanya, seramai 82,794 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi Kerajaan

di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya untuk menghadapi bencana banjir.

Katanya, sebanyak 37,127 unit pelbagai aset turut disediakan membabitka­n bot penyelamat (2,031); jentera kenderaan 4x4 (1,399); jentera kenderaan berat (1,646); helikopter (31); jaket keselamata­n pelbagai saiz untuk kegunaan mangsa (30,260) dan jambatan panel keluli bermodular (1,760).

“Pihak JKM juga memaksimum­kan 774 Fasiliti Penyimpana­n Bantuan Bencana di seluruh negara mulai bulan September dan Oktober bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

“NADMA turut menyalurka­n peruntukan bantuan bencana berjumlah

RM232 juta kepada semua negeri bagi tujuan diagihkan kepada Ketua Isi Rumah mangsa bencana yang terjejas dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai tahap kesiapsiag­aan oleh NADMA pengurusan banjir bagi memperting­katkan tahap keselesaan pusat pemindahan sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia