Berita Harian

318 pencawang telekomuni­kasi terjejas banjir sudah beroperasi

Lima lagi stesen dalam proses dibaik pulih

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my Social Media · Kelantan · Terengganu · Universiti Sultan Zainal Abidin · Malaysia · Pahang · National Aerospace & Defence Industries

Sebanyak 323 stesen pemancar telekomuni­kasi di seluruh negara terjejas akibat banjir bermula November lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata 264 stesen pemancar telekomuni­kasi di Kelantan, manakala Terengganu (49), Pahang (sembilan) dan Johor (satu).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 318 stesen pemancar telekomuni­kasi sudah beroperasi seperti biasa, manakala lima lagi dalam proses baik pulih.

“Saya cuba dapatkan angka yang terkini dan setakat semalam (kelmarin), secara keseluruha­n 323 menara telah terkesan sejak berlaku banjir.

“Selain itu, 97 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terkesan dengan 88 daripadany­a kembali beroperasi dan sembilan belum beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), di sini, semalam.

Tiada berita palsu

Dalam pada itu, Fahmi berkata, tiada sebarang laporan berkaitan berita palsu mengenai banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut diterima pihaknya setakat ini.

Katanya, kebiasaann­ya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memadamkan kandungan berita palsu atau tidak tepat secara automatik.

“Kita risau dengan ledakan informasi dan maklumat di media sosial (dan) pengguna media sosial mungkin terlalu mudah untuk

mempercaya­i sebarang maklumat yang disampaika­n pada mereka.

“Saya mohon buat pengesahan bersandark­an laporan rasmi daripada

media arus perdana dan sekiranya kita tidak melihat perkara itu dilaporkan oleh mana-mana pihak, jangan kita sebarkan maklumat itu.

“Tunggu pengesahan daripada pihak berkuasa dan media arus perdana,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Fahmi (tiga dari kiri) menyampaik­an Bantuan Prihatin Pelajar UNISZA kepada mahasiswa yang terkesan banjir pada Program Jelajah Hari Wartawan National (HAWANA) 2024 di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Fahmi (tiga dari kiri) menyampaik­an Bantuan Prihatin Pelajar UNISZA kepada mahasiswa yang terkesan banjir pada Program Jelajah Hari Wartawan National (HAWANA) 2024 di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia