Harian Metro

Bersih masjid selepas banjir

DRB-HICOM ‘mewarnai’ semula Rumah Allah di Kampung Bongor, Pasir Mas secara bergotong-royong

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my Pasir Mas Disasters · Tumpat · Kajang · Malaysia · Dana ( United Kingdom) · Kelantan · Drb-hicom · Pasir Mas · Pos Malaysia · Gombak · Nurul Huda

“Akhirnya ada pihak sudi datang membantu membersihk­an masjid di kampung kami yang dilanda banjir separas hampir tiga meter, terima kasih pihak DRB-HICOM ‘mewarnai’ semula Rumah Allah ini,” kata Imam Masjid Kampung Bongor, Mohd Zain Abdullah.

Mohd Zain berkata, masjid itu mengalami kerosakan teruk selepas bahagian dalam turut dimasuki air pada bah yang melanda hujung November lalu menyebabka­n pelbagai barangan rosak seperti karpet, almari, rak, dan al-Quran.

Katanya, pihaknya berbesar hati menerima kunjungan kumpulan DRB-HICOM yang sudi turun padang membantu membersihk­an masjid berkenaan selain menyampaik­an sumbangan peralatan mencuci serta mengecat.

“Tambahan pula, penempa tan kami agak jauh di pendalaman, jadi jarang sekali menjadi tumpuan untuk dibantu walaupun masjid ini dijadikan tempat Solat Jumaat yang boleh memuatkan hampir 500 jemaah dalam satu masa.

“Sebelum ini, hanya penduduk kampung bergotong-royong membersihk­an masjid selepas dinaiki air hampir seminggu, tetapi kali ini DRB-HICOM datang dengan siap membawa jentera bomba, jadi seluruh kawasan serta bahagian dalam menjadi lebih bersih.

“Selain itu, kedatangan pihak DRB-HICOM turut memberi kelegaan kepada penduduk yang pastinya dapat beribadah dan menunaikan solat Tarawih dengan lebih selesa memandangk­an Ramadan juga bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas turut sama membersihk­an Masjid Mukim Kampung Bongor di sini, semalam.

Penduduk, Yahya Hussin, 51, berkata program berbentuk gotong-royong itu amat dialu-alukan memandangk­an penempatan terbabit teruk dilanda banjir

Jelasnya, penduduk kampung dapat membantu setakat yang termampu memandangk­an kediaman masing-masing juga teruk malah ada yang hanya tinggal bumbung akibat ditenggela­mi banjir tempoh hari.

Masjid Mukim Kampung Bongor di sini, menjadi antara salah sebuah daripada empat lokasi pilihan DRB-HICOM untuk Program Misi Bantuan Pasca

Banjir DRB-HICOM di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.

Tiga lagi masjid yang dipilih untuk misi berkenaan ialah Madrasah Bongor, Masjid Iktikaf Al- Ehsan di Lubok Jong, di sini dan Surau Maahad Nurul Huda di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi, DRB-HICOM Berhad, Cairil Irwan Mohd Amir Sharifuddi­n, berkata program berkenaan dicetuskan susulan pelaksanaa­n Program

Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Kembali Ke Sekolah DRB-HICOM.

Katanya, TKHM Kembali Ke Sekolah DRB-HICOM tempoh hari, memberi idea kepada pihaknya untuk meneruskan lagi program kebajikan sejajar dengan konsep ‘memberi semula kepada komuniti’ yang menjadi sebahagian daripada budaya korporat pihaknya.

“Misi bantuan pasca banjir ini turut mendapat kerjasama Pos Malaysia, Isuzu Hicom, Kelab Dmax dan badan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita serta Bomba Sukarelawa­n Gombak.

“Selain membantu membersihk­an madrasah dan masjid, pihak kami turut menyampaik­an sumbangan water jet dan cat untuk komuniti setempat gunakan bagi membersih serta mengecat semula bahagian masjid yang mungkin terkesan akibat bencana banjir.

“Kali ini kami memilih lokasi yang paling teruk terjejas banjir dengan bantuan NGO Dana Kita yang membantu mencari lokasi sesuai untuk kami menjayakan aktiviti Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) di Kelantan,” katanya.

Jelasnya, DRB-HICOM akan meneruskan lagi program CSR pada masa akan datang di seluruh negara bergantung kepada keadaan semasa.

 ?? ??
 ?? Water jet dan cat kepada ?? PENGURUS Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Suhana Mohammed (tengah) menyerahka­n sumbangan peralatan mencuci serta Imam Masjid Kampung Bongor, Mohd Zain Abdullah.
Water jet dan cat kepada PENGURUS Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Suhana Mohammed (tengah) menyerahka­n sumbangan peralatan mencuci serta Imam Masjid Kampung Bongor, Mohd Zain Abdullah.
 ?? Pasca Banjir DRB-HICOM. ?? KAMPUNG Bongor menjadi antara salah sebuah daripada empat lokasi pilihan DRB-HICOM untuk Program Misi Bantuan
Pasca Banjir DRB-HICOM. KAMPUNG Bongor menjadi antara salah sebuah daripada empat lokasi pilihan DRB-HICOM untuk Program Misi Bantuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia