Harian Metro

52,162 terjejas banjir

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur Society · Kelantan · Network Ten · Terengganu

Banjir yang melanda enam negeri bertambah buruk sekali gus menyaksika­n seramai 52,162 mangsa membabitka­n 15,958 keluarga terjejas setakat jam 4 semalam.

Berdasarka­n portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus merekodkan angka tertinggi iaitu 42,870 mangsa membabitka­n 13,024 keluarga, dengan sebanyak 190 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 daerah.

Manakala di Terengganu, seramai 8,081 mangsa daripada 2,496 keluarga ditempatka­n di 197 PPS di tujuh daerah.

Di Kedah, sebanyak 17 PPS dibuka yang menempatka­n sekitar 873 mangsa daripada 339 keluarga.

Sementara di Perlis, empat PPS dibuka bagi menempatka­n 290 orang mangsa, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Johor (28 mangsa) dan Perak (20 mangsa).

Daripada jumlah keseluruha­n mangsa banjir, seramai 17,111 (32.79 peratus) adalah lelaki dewasa, 18,206 (34.89 peratus) perempuan dewasa; 7,926 (15.19 peratus) kanak-kanak lelaki; 7,522 (14.42 peratus) kanak-kanak perempuan; 739 (1.42 peratus) bayi lelaki; dan 677 (1.3 peratus) bayi perempuan.

Seterusnya, 1,711 (3.28 peratus) lelaki warga emas; 2,020 (3.87 peratus) wanita warga emas; 955 (1.83 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 550 (1.05 peratus) OKU perempuan.

 ?? ?? ANGGOTA APM Padang Terap mengusung mangsa yang terjejas selepas kediamanny­a dilanda banjir kilat di daerah Padang Terap, Alor Setar.
ANGGOTA APM Padang Terap mengusung mangsa yang terjejas selepas kediamanny­a dilanda banjir kilat di daerah Padang Terap, Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia