Berita Harian

Banjir akibatkan 2 kejadian tanah runtuh, jalan terputus

JKR letak papan tanda amaran, minta pengguna gunakan laluan alternatif elak risiko

- Oleh Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my Disasters · Kelantan · Machang · Kota Bharu

Banjir di Kelantan sejak kelmarin terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.

Kejadian itu melumpuhka­n pergerakan penduduk setempat dan meningkatk­an risiko keselamata­n di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub, berkata dua jalan terputus ialah Jalan Persekutua­n di FT 479 Jalan Kemuning-bukit Belah dan jalan Negeri D16 Jalan Batu 30-Temangan akibat dinaiki air.

Beliau berkata, semua jalan yang terputus itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berat dan ringan kerana kedalaman air kira-kira 0.8 meter.

“Dua kejadian tanah runtuh pula berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu-gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah.

“JKR meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan terbabit supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi peraturan ditetapkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya semalam.

Nik Soh berkata, pengguna boleh menggunaka­n laluan alternatif dan melayari laman web https://bencana.jkr.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai situasi semasa, seperti jalan tutup dan tanah runtuh yang berlaku di kawasan terbabit, seperti laporan BERNAMA.

Kerugian RM20,000

Sementara itu di Tanah Merah, Masjid Haji Abdullah, Mukim Panglima Bayu, di sini kerugian hampir RM20,000 selepas rosak akibat banjir yang turut membawa arus sangat deras.

Imam masjid, Adli Ab Halim, berkata banjir dengan arus yang sangat deras seakan-akan kepala air, bermula jam 3 petang dan surut pada jam 10 malam hari sama, kelmarin susulan hujan hulu di kawasan bukit berdekatan.

Katanya, kerugian itu membabitka­n kerosakan teruk di bahagian luar masjid termasuk meja, kerusi, pagar dan tempat parkir yang berlubang susulan arus yang sangat deras.

“Bagaimana pun, kami bersyukur kerana air tidak memasuki bahagian dalam masjid dan sudah pasti nilai kerugian lebih tinggi jika berlaku demikian. Masjid ini sebenarnya sudah dibina semula dengan lebih tinggi kerana hampir setiap tahun dilanda banjir.

“Banjir semalam selama lapan jam, lebih teruk berbanding gelombang pertama pada hujung bulan lalu, tambahan pula ia terletak berhadapan jalan utama yang dilalui kenderaan berat.

“Apabila kenderaan berat melalui jalan ini, arus banjir semakin deras menyebabka­n banyak kerosakan, padahal pengurusan masjid baru sahaja membaik pulih kerosakan akibat bah gelombang pertama,” katanya.

Adli berkata, ahli jawatankua­sa masjid bersama penduduk kampung akan bergotong-royong untuk membersihk­an halaman yang dinaiki air.

“Selagi Monsun Timur Laut (MTL) masih belum tamat, pihak pengurusan masjid tidak dapat tidur lena,” katanya.

 ?? (Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) ?? Keadaan lumpur di pekarangan Masjid Mukim Chenulang, Kuala Krai selepas banjir surut pada petang semalam.
(Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) Keadaan lumpur di pekarangan Masjid Mukim Chenulang, Kuala Krai selepas banjir surut pada petang semalam.
 ?? (Foto ihsan JKR Kelantan) ?? Kejadian tanah runtuh di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu-gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah.
(Foto ihsan JKR Kelantan) Kejadian tanah runtuh di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu-gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia