Harian Metro

Selamat mangsa tertimbus 72 jam

Pasukan MAS-01 Smart Nadma Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar selamat kembali

- Oleh Safeek Affendy Razali am@hmetro.com.my Sepang Disasters · Earth · Myanmar · Abu Bakr · United States Army · Malaysia · Malaysia Airlines · Sagaing · Naypyidaw · Mandalay · Mandalay · Royal Air Force · Royal Malaysian Air Force · Sagaing

Pasukan MAS-01 Smart Nadma Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar, selamat kembali ke tanah air selepas selesai melaksanak­an misi di tiga sektor kawasan gempa di Myanmar.

Pencapaian tertinggi dicatatkan selama tujuh hari di negara berkenaan adalah berjaya menyelamat­kan seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditemui hidup selepas 72 jam tertimbus dalam runtuhan sebuah hotel di Sektor Sagaing, Myanmar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, Pasukan MAS-01 adalah satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabang­sa yang beroperasi di Sektor Sagaing dan melaksanak­an operasi mencari dan menyelamat di 11 kawasan runtuhan yang kebanyakan membabitka­n struktur yang kompleks dan di luar keupayaan pasukan menyelamat tempatan.

Katanya, tiga sektor utama

“Misi ini memberi peluang kepada pasukan Smart menguji tahap kesiapsiag­aan dan pematuhan kepada piawaian USAR antarabang­sa” Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar

yang dipertangg­ungjawabka­n kepada MAS-01 Smart Nadma bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah Naypyidaw, Mandalay dan Sagaing.

“Selain menyelamat­kan mangsa yang masih hidup, Pasukan MAS-01 Smart Nadma yang berada di Myanmar sejak 30 Mac lalu turut menemui dan mengeluark­an 10 mangsa yang sudah meninggal dunia termasuk empat kanak-kanak yang tertimbus dalam runtuhan menjadikan jumlah keseluruha­n mangsa yang ditemui 11 orang.

“Kecekapan anggota Smart, penggunaan peralatan dan kelengkapa­n (SAR) yang canggih dan berteknolo­gi tinggi, kerjasama

yang harmoni dengan pasukan tempatan serta keupayaan taktikal pasukan MAS-01 mendapat penghargaa­n daripada pemimpin dan komuniti setempat di Myanmar,” katanya selepas menyambut kepulangan 50 pegawai dan anggota

MAS-01 di Markas Smart, Pulau Meranti, di sini.

Abdul Gapar berkata, misi ini memberi peluang kepada pasukan Smart menguji tahap kesiapsiag­aan dan pematuhan kepada piawaian USAR antarabang­sa.

Katanya, penyertaan Malaysia dalam misi ini juga membuktika­n komitmen negara terhadap prinsip kemanusiaa­n dan solidariti serantau dalam pengurusan bencana.

Terdahulu,

Pasukan

MAS-01 Smart Nadma selamat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang, jam 5 petang, kelmarin, dengan menaiki dua pesawat pengangkut A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 ?? ?? ANGGOTA pasukan MAS-01 disambut ahli keluarga pada Majlis Menyambut Kepulangan Pasukan MAS-01 Smart, Nadma Operasi MyTeam Relief ke Gempa Bumi Myanmar di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart), Pulau Meranti, Puchong.
ANGGOTA pasukan MAS-01 disambut ahli keluarga pada Majlis Menyambut Kepulangan Pasukan MAS-01 Smart, Nadma Operasi MyTeam Relief ke Gempa Bumi Myanmar di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart), Pulau Meranti, Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia