Berita Harian

Terengganu perlu lebih RM2.4B atasi masalah hakisan pantai

- BERNAMA Terengganu · Kita-ku · George Town · Malaysia · Batu Rakit

Terengganu memerlukan lebih RM2.4 bilion bagi membina benteng pemecah ombak di 34 lokasi pantai untuk mengatasi hakisan.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Utiliti dan Pembanguna­n Luar Bandar (Pengurusan Bencana) negeri, Hanafiah Mat, berkata jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk jarak satu kilometer (km).

Beliau berkata, kajian lanjut perlu dibuat bagi mendapatka­n anggaran perbelanja­an sebenar kerana kos pembinaan bergantung pelbagai faktor, termasuk reka bentuk benteng, tahap hakisan dan bahan mentah.

“Kita memerlukan lebih RM2.4 bilion untuk melindungi kawasan pantai sepanjang 244 km yang berisiko dilanda hakisan, terutama pada Monsun Timur Laut (MTL). Kos bergantung beberapa faktor, sama ada benteng konkrit, tetrapod atau gabion.

“Tahap hakisan juga menentukan perbelanja­an. Lokasi terjejas teruk menelan kos lebih tinggi kerana perlukan struktur lebih kukuh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata, pihaknya berharap Kerajaan Pusat meluluskan segera peruntukan tambahan bagi menangani hakisan pantai yang semakin teruk, terutama di Kuala Nerus.

Kerajaan negeri juga melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menghantar permohonan mendapatka­n RM600,00 untuk kerja baik pulih jalan dan langkah pencegahan hakisan jangka pendek di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Nerus.

Permohonan berkenaan dikemukaka­n di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Kerja-kerja ini dijangka dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, tertakluk kelulusan MARRIS dan keadaan ombak.

“Penyelesai­an dicadangka­n adalah membina struktur rock revetment sepanjang 400 meter dengan lebar 1.5 meter dari bahu jalan sebagai pelindung pantai daripada hakisan,” katanya.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, kelmarin.
Keratan akhbar BH, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia