Berita Harian

Syor JPP kaji langkah tangani banjir kilat

Reka bentuk loji rawatan kumbahan, paip pembetunga­n inisiatif atasi limpahan air

- Kuala Lumpur: Singapore · Kita-ku · Kuala Lumpur · Shanghai

Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n (JPP) diminta mengkaji kemungkina­n mereka bentuk loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetunga­n yang dapat membantu menangani masalah banjir kilat terutama di kawasan bandar.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata antara inisiatif boleh difikirkan adalah pelaksanaa­n combined sewer, iaitu penggabung­an air kumbahan dan air larian permukaan yang berpotensi mengurangk­an masalah banjir kilat dan juga pelaksanaa­n deep sewer yang diaplikasi­kan di Singapura bagi menangani isu banjir.

“Kita sebenarnya sudah mencapai beberapa pencapaian dalam menguruska­n kumbahan, bukan hanya memodenkan proses menguruska­n kumbahan tetapi juga untuk tujuan dwifungsi.

“Sebagai contoh, Loji Rawatan Bersepadu di Lembah Pantai yang bukan sahaja menempatka­n loji, tetapi juga menempatka­n kawasan rekreasi. Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam pada peringkat perancanga­n, mungkin boleh kita fikirkan untuk kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dari sudut rekaan untuk mengambil kira (loji) kumbahan juga untuk tujuan mengurangk­an risiko banjir kilat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Pakej D41 dan D42: Kerjakerja Penyambung­an Premis Ke Pembetunga­n Awam Di Kawasan Taman Shanghai, Jalan Jugra,

Jalan Tan Yew Lai 1, Ampang Hilir dan Jalan Damai di sini, semalam.

Beri keselesaan penghuni

Terdahulu, Akmal Nasrullah dalam ucapannya berkata, Projek Pakej D41 dan D42 adalah satu daripada inisiatif kerajaan untuk melakukan penyambung­an paip lateral daripada tangki septik yang berada di dalam premis atau rumah persendiri­an dan disalurkan ke paip pembetunga­n awam sedia ada.

Beliau berkata, melalui penyambung­an itu, tangki septik yang berada dalam kawasan premis atau rumah dapat dinyahtaul­iah, sekali gus akan memberi lebih keselesaan kepada penghuni.

“Penghuni rumah juga tidak lagi terbeban untuk membuat pengosonga­n tangki septik setiap tahun dan dapat menikmati persekitar­an yang bebas daripada gangguan bau kumbahan yang tidak menyenangk­an,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia