Berita Harian

Pesakit, 100 pelancong terkandas banjir di Sabah

Cuaca tidak menentu, bomba sentiasa bersedia bantu penduduk

- Oleh Recqueal Raimi, Johary Indan dan Essa Abu Yamin bhnews@bh.com.my Tourism · Disasters · Travel · Sabah · Tuaran · Muhammad · British North Borneo · Tuaran District · Tuaran Hospital

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di daerah ini membantu dua pesakit buah pinggang di Kampung Bawang, Tamparuli di sini, yang perlu menjalani rawatan dialisis selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air dan kejadian tanah runtuh akibat banjir, pagi semalam.

Ketua BBP Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.34 pagi.

Beliau berkata, sejurus selepas itu sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS).

“Berikutan hujan berterusan yang mengakibat­kan banjir dan tanah runtuh di kawasan kediaman mangsa yang juga warga emas, keluarga mereka mendapatka­n bantuan pihak bomba untuk membantu.

“Anggota bomba memapah dan mengangkat mangsa masingmasi­ng lelaki dan wanita berusia 60-an melalui kawasan tanah runtuh dan banjir sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunaka­n EMRS,” katanya.

Mohamad Nor berkata, pihaknya turut memantau sekitar lokasi bagi memantau keselamata­n penduduk.

“Ketika ini cuaca hujan tidak menentu dan pasukan bomba sentiasa bersedia untuk memindahka­n

penduduk sekiranya keadaan tidak terkawal. Operasi berkenaan ditamatkan jam 9.55 pagi,” katanya.

Tanah runtuh, pokok tumbang

Sementara itu, lebih 100 pelancong luar dan tempatan yang bercuti hujung minggu di pusat pelanconga­n di Kiulu, terkandas apabila laluan dari daerah itu terjejas tanah runtuh berpunca hujan lebat berlaku sejak Ahad.

Kejadian itu menyebabka­n pelancong terbabit gagal keluar dari Kiulu untuk kembali ke destinasi mereka kerana ketika ini Jalan Kiulu-tamparuli dibersihka­n kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tinjauan mendapati perjalanan sepatutnya kurang sejam dari Kiulu untuk ke Tamparuli,

menjadi lebih lapan jam apabila sebahagian besar jalan terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, bersyukur semua pelancong luar dan pelawat tempatan yang berada di Kiulu selamat keluar selepas laluan dibuka semula.

“Kejayaan memulihkan laluan dari Kiulu ke Tamparuli itu adalah hasil kerjasama serta kecekapan semua pihak yang bertungkus-lumus melakukan tanpa mengira suasana memastikan keselesaan pengguna.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu, saya mengingatk­an penduduk Kiulu dan pengunjung destinasi pelanconga­n luar bandar sentiasa berhati-hati, menjaga diri dan kekal selamat,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, laluan keluar masuk dari Tamparuli menuju Kiulu kembali pulih selepas kesan runtuhan tanah dan pokok tumbang pada laluan itu dibersihka­n.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumka­n jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pagi semalam, berbanding 328 orang daripada 105 keluarga kelmarin.

Katanya, PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukka­n peningkata­n mangsa, iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga, kelmarin.

“Jumlah mangsa di PPS di Dewan Sri Putatan meningkat kepada 138 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 116 mangsa daripada 25 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa di dua PPS Tuaran pula kekal, iaitu 29 mangsa daripada lapan keluarga masih berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran manakala 18 orang daripada lima keluarga ditempatka­n di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, dekat Tamparuli.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumka­n Jalan Lintas Luagan, Sipitang di Kilometer (KM) 0.5 hingga KM1.55 tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan kerana air sungai melimpah disebabkan hujan berterusan di hulu.

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Seramai 261 mangsa banjir ditempatka­n di Pusat Perpindaha­n Sementara di Pusat Kebudayaan Penampang setakat jam 8 pagi, semalam.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Seramai 261 mangsa banjir ditempatka­n di Pusat Perpindaha­n Sementara di Pusat Kebudayaan Penampang setakat jam 8 pagi, semalam.
 ?? (Foto ihsan JBPM) ?? Pasukan bomba membantu pesakit buah pinggang meredah laluan yang terputus akibat banjir dan tanah runtuh di Kampung Bawang, Tamparuli, semalam.
(Foto ihsan JBPM) Pasukan bomba membantu pesakit buah pinggang meredah laluan yang terputus akibat banjir dan tanah runtuh di Kampung Bawang, Tamparuli, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia