Berita Harian

JPS mulakan kerja pulih tebing Sungai Kelantan

- Kelantan · Old City · Kota Bharu · Muhammad

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampira­n sebuah kondominiu­m dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, berkata beliau sudah menghubung­i Pengarah JPS Kelantan, Dr Siti Fairus Zakaria memaklumka­n kebimbanga­n orang ramai, terutama penghuni kondominiu­m Pelangi Mall berhubung insiden itu.

“Lokasi kejadian amat hampir dengan bangunan Pelangi Mall yang menggusark­an penduduk dan mereka tertanya-tanya apa langkah seterusnya.

“Saya sudah bercakap dengan Pengarah JPS pagi ini (semalam) dan beliau sahkan satu kerja pelaksanaa­n kerja darurat untuk memperbaik­i atau menahan tebing runtuhan menjadi lebih teruk akan dilaksanak­an hari ini mengikut tatakelola.

“Diharapkan kerja darurat itu akan siap secepat mungkin bagi mengurangk­an kebimbanga­n orang ramai, terutama 1,600

penghuni di kondominiu­m Pelangi Mall yang setiap hari hidup dalam kebimbanga­n sejak hari pertama kejadian runtuhan tebing itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini semalam.

Media baru-baru ini melaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan yang menyebabka­n laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian hampir 10 meter.

Sementara itu, Penolong Pengarah Landskap Majlis Perbandara­n Kota Bharu, Muhammad Faizuddin Muhammad Fadzin, berkata pihaknya akan mengeluark­an notis mengosongk­an premis perniagaan di sekitar kawasan terbabit dalam masa terdekat.

Beliau berkata, notis pengosonga­n premis perniagaan akan diserahkan kepada kira-kira 40 peniaga berhampira­n lokasi itu bagi tujuan keselamata­n.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pelangi Mall, Foo Chek Yee, berharap kerja pembaikan tebing runtuh itu dapat dilakukan segera kerana hampir 1,600 penghuni kondominiu­m terbabit bimbang kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Kondominiu­m ini sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan ini kali pertama kejadian runtuhan tebing berlaku, sedikit sebanyak merisaukan kami,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampira­n kondominiu­m Pelangi Mall dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampira­n kondominiu­m Pelangi Mall dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia