Harian Metro

Hilang semangat nak beraya

- Oleh Alias Abd Rani am@hmetro.com.my Batu Pahat Disasters · Khadija bint Khuwaylid · Batu Pahat District

“Raya belum sampai seminggu, tapi kami kena pindah, hilang rasa teruja nak raya,” kata Hadzalin Sanek, 50, seorang daripada 274 mangsa yang dipindahka­n buat kali kedua ke pusat pemindahan sementara (PPS), kelmarin.

Ibu kepada dua anak berusia 22 dan 23 tahun serta ibunya Siti Khadijah Karjo, 74, dari Kampung Baru, Sri Gading di sini dipindahka­n pada hari raya keempat selepas hujan lebat sejak Selasa lalu.

“Kami bersemanga­t nak raya selepas dibenarkan pulang ke rumah dua hari sebelum raya, siap beli daging dan keperluan lain. Tiba-tiba arahan dikeluarka­n agar kami segera ke PPS, kami reda walaupun hanya dapat merasai suasana raya dalam tempoh singkat.

“Cuma kami risau keadaan rumah, jika terlalu lama digenangi air akan menyebabka­n kerosakan serta bimbang dimasuki

binatang liar.

“Kebun kelapa sawit sekitar sudah dipenuhi air, jadi ada kemungkina­n binatang (berbisa) itu akan

datang mencari tempat perlindung­an,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mangsa lain, Halizan Rejab,

55, berkata, air naik kali kedua bermula pada raya ketiga dan kejadian banjir kali ini adalah paling lama kerana menjangkau dua minggu sejak 23 Mac lalu.

Menurutnya, penduduk dimaklumka­n kejadian mungkin disebabkan projek tambak tanah selain aliran sungai utama di Parit Karjo, Senggarang tersekat akibat rumput tebal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

menambah pam sedia ada bagi memudahkan air surut.

Menurutnya, ketika ini pam sedia ada tidak mencukupi untuk membantu mengalirka­n air banjir ke sungai.

“Setakat ini, di Sri Gading ada satu pam, kalau JPS boleh tambah hingga empat (pam), maka air segera dibawa ke laut atau keluar dari tempat banjir.

“Kita sedia maklum banjir termenung hanya berlaku di sini (Batu Pahat). Inilah yang masalah yang penduduk hadapi,” katanya.

 ?? ?? RUMAH mangsa ditenggela­mi air akibat hujan lebat sejak Selasa lalu. - Gambar NSTP/ALIAS ABD RANI
RUMAH mangsa ditenggela­mi air akibat hujan lebat sejak Selasa lalu. - Gambar NSTP/ALIAS ABD RANI
 ?? ?? HALIZAN (dua dari kiri) dan keluarga dipindahka­n semula ke PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.
HALIZAN (dua dari kiri) dan keluarga dipindahka­n semula ke PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.
 ?? ?? AMINOLHUDA menyantuni mangsa banjir di PPS, SMK Seri Gading.
AMINOLHUDA menyantuni mangsa banjir di PPS, SMK Seri Gading.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia