Harian Metro

Air mula naik

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim am@hmetro.com.my Weather · Disasters · Ipoh · Palestinian Authority · Tanah Merah

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabka­n beberapa lokasi di Tanah Merah dan Kuala Krai mula dinaiki air.

Beberapa lokasi di Tanah Merah mula dinaiki air pada petang semalam termasuk di Bendang Nyiur, Kelewek, Batu Gajah, Gual Ipoh, Manal, Batang Merbau dan Jedok.

Di Kuala Krai turut membabitka­n beberapa kawasan dinaiki air termasuk Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, susulan hujan lebat itu, pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lawang dalam proses untuk dibuka bagi memindahka­n mangsa banjir.

Katanya, pihaknya sedang melakukan pemantauan di beberapa lokasi hot spot yang dijangka banjir.

Beliau turut mengingatk­an penduduk supaya berpindah ke tempat PPS sekiranya paras air semakin meningkat.

 ?? ?? JAMBATAN di Kampung Sungai Tasan yang ditenggela­mi air setinggi dua meter susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin menyebabka­n lebih 500 penduduk terkepung.
JAMBATAN di Kampung Sungai Tasan yang ditenggela­mi air setinggi dua meter susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin menyebabka­n lebih 500 penduduk terkepung.
 ?? ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di lokasi banjir.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di lokasi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia