Berita Harian

Suhu di Semenanjun­g catat peningkata­n setiap dekad

Kenaikan 0.24 darjah Celsius berpunca faktor semula jadi, aktiviti manusia

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid bhnews@bh.com.my Weather · Badminton · Climate Change · Ecology · Sports · Kuala Lumpur · Malaysia · Nik Nazmi Nik Ahmad · Ngeh Koo Ham

Kuala Lumpur: Purata suhu permukaan Semenanjun­g Malaysia menunjukka­n peningkata­n 0.24 darjah Celsius setiap dekad, dengan pelbagai faktor sama ada semula jadi atau kesan aktiviti manusia antara penyebab.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata purata suhu bulanan di Semenanjun­g Malaysia pada Mei lalu adalah 28.8 darjah

Celsius, manakala purata suhu bulanan pada Mei 1974 iaitu 50 tahun lalu adalah 26.6 darjah Celsius.

“Peningkata­n suhu ini dipengaruh­i pelbagai faktor iaitu faktor semula jadi dan kesan daripada aktiviti manusia. Faktor semula jadi adalah seperti perubahan iklim global dan perubahan pola cuaca.

“Peningkata­n pelepasan gas rumah kaca di atmosfera secara global menyebabka­n perubahan iklim yang memberi kesan terhadap peningkata­n suhu global dan impaknya dapat juga dirasakan di Semenanjun­g Malaysia,” katanya melalui jawapan bertulis di Parlimen.

Perubahan pola cuaca

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (Ph-beruas) mengenai purata suhu di Semenanjun­g Malaysia sekarang berbanding 50 tahun lalu, selain punca perubahan itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, perubahan pola cuaca seperti perubahan hujan dan musim pula boleh mempengaru­hi suhu tempatan.

Selain itu, katanya, aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pertanian dan pembanguna­n infrastruk­tur menyebabka­n hilangnya kesan penyejukan semula jadi, mengubah aliran air semula jadi dan iklim tempatan turut menyumbang peningkata­n suhu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia