Berita Harian

NADMA luluskan peruntukan RM14 juta urus bencana

- Weather · Disasters · Sabah · Malaysia · British North Borneo

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meluluskan baki peruntukan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Sabah sebanyak RM14 juta bagi pemberian bantuan bencana dan pengurusan pengoperas­ian bencana di luar musim Monsun Timur Laut di negeri berkenaan.

NADMA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima permohonan berkenaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

“Jumlah itu termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terkesan dengan banjir terbabit serta sumbangan Bantuan Wang Ihsan Kematian sebanyak RM10,000 diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat bencana banjir,” katanya.

Mengulas lanjut, NADMA berkata, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) juga beroperasi 24 jam setiap hari untuk memantau dan menyediaka­n laporan terkini situasi bencana di negeri berkenaan.

“Amaran bencana seperti amaran hujan berterusan dan amaran banjir akan disampaika­n kepada semua agensi tindak balas berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ia termasuk kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak sebagai sekretaria­t kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” katanya.

Katanya, kesiapsiag­aan menghadapi bencana seperti banjir di daerah terbabit dikoordina­sikan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah seperti pengaktifa­n PPS, penyediaan dan keperluan bilik gerakan dan stor simpanan.

“JPBD juga bekerjasam­a dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan keperluan mangsa di pusat penempatan diperoleh sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatk­an agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan sentiasa ambil langkah berjaga-jaga, peka dengan pengumuman melalui media massa serta menunggu arahan sekiranya diarahkan berpindah.

“Maklumat dan amaran cuaca terkini boleh diperoleh menerusi pelbagai medium iaitu media elektronik, media sosial, laman sesawang rasmi, aplikasi mycuaca dan Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a) Hotline di talian 1-30022-1638,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia