Berita Harian

Mangsa banjir berdepan kesan psikologi, trauma

- Health · Anxiety · Disasters · Psychology · Medicine · PTSD · Depression · Mental Health · Health Conditions · Social Sciences · Pasir Mas · Universiti Sains Malaysia · Malaysia · Kuala Krai · Kelantan · Tumpat

Bencana banjir di Kelantan khususnya di daerah Tumpat dan Pasir Mas meninggalk­an kesan mendalam terhadap kehidupan fizikal dan kesihatan mental mangsa yang berhadapan dengan bencana berkenaan.

Pakar Perundinga­n Psikiatri dan Pensyarah Perubatan Kanan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Asrenee Ab Razak, berkata trauma akibat banjir boleh me- ngakibatka­n pelbagai ke- san psikologi yang memerlukan perhatian segera.

Katanya, bagi setiap satu kecederaan fizikal akibat bencana terdapat lima hingga enam kecederaan psikologi yang akan dialami mangsa.

“Antara kesan utama termasuk gangguan tidur, kebimbanga­n melampau, flashback kejadian banjir dan kemurungan.

“Mangsa juga cenderung mengalami perubahan tingkah laku seperti konflik interperso­nal dan penyalahgu­naan bahan terlarang,” katanya.

Berdasarka­n kajian dilakukan ketika banjir besar di Kuala Krai pada 2014 mendapati ia memberi kesan psikologi signifikan kepada penduduk yang berhadapan bencana itu.

“Hasil kajian menunjukka­n 38.3 peratus golongan dewasa mengalami trauma psikologi, manakala 41.29 peratus warga emas menunjukka­n gejala kemurungan dan 16.9 peratus dalam kalangan remaja mengalami tanda trauma signifikan.

“Bagaimanap­un, petugas banjir juga tidak terkecuali mengalami kesan emosi dengan 12.5 peratus daripada mereka menghadapi gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan 18.1 peratus menunjukka­n gejala kemurungan.

“Justeru, intervensi awal melalui bantuan psikologi atau Psychologi­cal First Aid (PFA) sangat penting untuk mengelak masalah kesihatan mental seperti PTSD dan membantu mangsa bangkit semula dengan sokongan komuniti,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Penduduk melihat keadaan rumah yang rosak teruk akibat banjir di Kampung Telaga Bata, Tumpat, baru-baru ini.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Penduduk melihat keadaan rumah yang rosak teruk akibat banjir di Kampung Telaga Bata, Tumpat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia