Berita Harian

Amaran angin kencang badai pantai

- Weather · Disasters · Terengganu · Kuala Terengganu

Kuala Terengganu: Jabatan Meteorolog­i Terengganu memberi amaran angin kencang diramal membadai perairan Terengganu sehingga hari ini.

Justeru, Pengarahny­a, Rosli Zakaria meminta orang ramai yang tiada keperluan supaya menjauhi kawasan pantai.

Beliau berkata, kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu semalam iaitu kira-kira 25 kilometer sejam (km/jam) berbanding kelajuan biasa sekitar 1020km/j pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

“Orang ramai perlu menjauhi pantai kerana bimbang risiko berlakunya pokok tumbang atau struktur binaan runtuh yang boleh mendatangk­an kecederaan. Selain itu aktiviti laut juga dilihat berisiko terutama bagi nelayan yang menggunaka­n bot-bot kecil,” katanya.

Beliau berkata, waktu kemuncak angin kencang dijangka berlaku pada semalam atau hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia