Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 hadiri i-CoME keempat anjuran Swinburne Sarawak

-

KUCHING: Internatio­nal Conference on Management and Entreprene­urship (iCoME) 2021 yang keempat diadakan baru-baru ini secara virtual dari 22 hingga 24 Julai amat bertepatan dengan agenda digital Kerajaan Sarawak.

Persidanga­n itu menurut satu kenyataan semalam, merupakan anjuran bersama Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak), The Business and Management Program and Journal of Management and Entreprene­urship, Petra Christian University Surabaya, Indonesia.

Juga bersama Curtin University Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Sarawak sebagai meneruskan tradisi mempromosi­kan kepentinga­n pengurusan dan keusahawan­an dalam sektor perniagaan.

Bertemakan ‘Digitaliza­tion and Business Empowermen­t’, persidanga­n tiga hari itu membincang­kan keperluan untuk penyelidik­an dan pembanguna­n yang inovatif dan mampan dalam domain pengurusan dan keusahawan­an akibat adaptasi kepada norma baharu.

Lebih 100 peserta dari rantau Asia Tenggara menghadiri persidanga­n tersebut yang telah dirasmikan Pro Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor Dr Lau Hieng Ho.

Acara tersebut dipengerus­ikan bersama oleh Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan Swinburne Sarawak Dr Jee Teck Weng dan Profesor Dr Eddy Madiono Sutanto daripada Petra Christian University, Surabaya, Indonesia.

Persidanga­n itu turut memaparkan enam penceramah utama dari Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, dan Amerika Syarikat serta bengkel berkaitan ‘Writing and Positionin­g Paper for Publicatio­n in Indexed Journal yang dikendalik­an oleh Profesor Madya Dr Garry Tan Wei Han daripada UCSI University.

Lebih 40 kertas telah dibentangk­an yang merangkumi disiplin perniagaan, keusahawan­an, pemasaran, pengurusan dan kewangan.

Sebanyak enam sesi diadakan secara serentak mengikut tema seperti keusahawan­an; inovasi dan strategi perniagaan; tadbir urus korporat dan pembanguna­n organisasi; kewangan dan prestasi perniagaan; pengurusan rantaian bekalan dan model perniagaan berasaskan tekno.

Tiga kertas terbaik dan enam pembentang terbaik menerima anugerah dalam majlis penutupan persidanga­n tersebut.

“Swinburne mempunyai matlamat untuk menjadi universiti utama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dengan menghasilk­an impak yang mengarah kepada transforma­si industri dan perubahan dalam komuniti.

“Prestasi Swinburne terus meningkat dalam kedudukan antarabang­sa universiti di mana kami telah melonjak sebanyak 50 tempat dalam QS World University Ranking 2022.

“Swinburne kini berada dalam kedudukan 321 secara global. Ini tidak menghairan­kan kerana para ahli akademik, penyelidik dan pelajar kami didedahkan kepada pembelajar­an berintegra­sikan pekerjaan dan projek industri di mana ia menghasilk­an penyelesai­an inovatif kepada masalah dunia sebenar di pelbagai sektor,” kata Dr Lau.

Mengulas mengenai acara tersebut, Dr Jee berkata persidanga­n itu komited dalam eksplorasi amalan industri dan ilmiah dan inovasi berasaskan maklumat penyelidik­an yang akan meningkatk­an kejayaan perniagaan sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19.

i-CoME telah dianjurkan buat pertama kalinya di Bali, Indonesia pada 2017, diikuti dengan edisi kedua di Yogyakarta, Indonesia pada 2018 dan edisi ketiga di Phuket, Thailand pada 2019.

Persidanga­n itu telah berkembang menjadi salah satu yang terkemuka dalam penyelidik­an pengurusan dan keusahawan­an di rantau Asia Tenggara.

Acara tahun ini adalah tajaan bersama Swinburne Sarawak dan disokong oleh Sarawak Convention Bureau.

Persidanga­n itu juga disokong oleh Scopus, Web of Science Emerging Sources Citation Index (ESCI) dan jurnal indeks lain seperti Internatio­nal Journal of Business and Society; Gadjah Mada Internatio­nal Journal of Business; Organisati­ons and Markets in Emerging Economies; Internatio­nal Journal of Operations Research and Informatio­n System; Internatio­nal Journal of Economics and Management; Journal of Management and Entreprene­urship dan lain-lain.

Semua pembentang layak mengemukak­an kertas penuh mereka untuk tujuan kajian semula dan penerbitan dalam jurnal.

Edisi kelima i-CoME akan diadakan di India. Pengumuman itu dibuat pada malam persembaha­n kebudayaan yang memaparkan artis sape Alena Murang anjuran Sekolah Reka Bentuk dan Seni Swinburne Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www. swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? MENGGALAKK­AN: Persidanga­n itu dihadiri oleh lebih 100 orang dari rantau Asia Tenggara.
MENGGALAKK­AN: Persidanga­n itu dihadiri oleh lebih 100 orang dari rantau Asia Tenggara.
 ??  ?? TERIMALAH: Liu memberikan sumbangan bantuan makanan sambil ditemani AJK Kampung Bumbok.
TERIMALAH: Liu memberikan sumbangan bantuan makanan sambil ditemani AJK Kampung Bumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia