Berita Harian

5,648 lokasi ‘hotspot’ banjir seluruh negara

- Weather · Badminton · Disasters · Sports · Kuala Lumpur · Fadillah Yusof · Malaysia

Kuala Lumpur: Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti 5,648 lokasi ‘hotspot’ atau kawasan pasti banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata JPS merancang penyelesai­an jangka pendek dan panjang untuk kawasan terbabit.

Bagi penyelesai­an jangka pendek, katanya, JPS melakukan persediaan kesiapsiag­aan untuk mengurangk­an risiko banjir kepada penduduk, antaranya dengan mengaktifk­an Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN).

Beliau berkata, PRABN ini beroperasi 24 jam dalam menghasilk­an ramalan kejadian banjir tujuh hari ke hadapan dan memberi hebahan seawal dua hari selepas mendapat ramalan cuaca dari Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) kepada agensi berkaitan untuk dihebahkan kepada orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia