Berita Harian

Wanita hidap gout berdiri dalam air 6 jam sebelum diselamatk­an

Mazlina terpaksa tahan kesakitan selepas rumah dinaiki air hampir satu meter

- BERNAMA Disasters · Kelantan · Malaysia · Kota Bharu · Bachok · Yasmin · Malaysian Armed Forces · Abu Bakr · Panchor

Seorang wanita yang menghidap penyakit gout terpaksa berdiri dalam air selama enam jam sebelum diselamatk­an petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan yang membawanya ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, di sini.

Mazlina Mohamed, 45, berkata rumahnya dinaiki air separas hampir satu meter dari jam 7 pagi dan diselamatk­an pada 3 petang kelmarin.

“Saya terpaksa berdiri dan menahan kesakitan dalam air memandangk­an kami sekeluarga baru berpindah di rumah sewa itu dua bulan lepas dan belum ada sofa atau perabot.

“Ini adalah pengalaman kali pertama kami berpindah ke PPS kerana banjir tetapi kami tetap menyewa di situ biarpun tahu kawasannya banjir memandangk­an hanya itu sahaja pilihan

yang ada, malah sewa adalah murah RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui di PPS SMK Beris Panchor, di sini semalam.

Mazlina bersama suami, Mohd Riduan Harun, 45, dan anak mereka, Aliya Maisarah, 19, berpindah ke PPS itu selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa dan diberi rawatan oleh pusat kesihatan daerah.

Sementara itu, Yasmin Syafiqah Anuar, 29, menceritak­an pengalaman pertama mengalami banjir dan berpindah ke PPS selepas tidak lena tidur apabila kawasan tali air dan sawah padi mula dipenuhi air.

“Saya baru berpindah di perumahan Kampung Budi sejak empat

bulan lalu dan tidak tahu di situ kawasan banjir, jadi saya mengemas barang dengan mengangkat­nya ke tempat lebih tinggi.

“Pada jam 8 pagi, setelah air naik separas hampir satu meter, kami sekeluarga diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa dan dibawa petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke PPS ini,” katanya yang berpindah ke PPS bersama suami, Mohd Junaidi Mohd Ikbal, 33, yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kota Bharu bersama tiga anak mereka.

11 keluarga dipindahka­n

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Jajahan Bachok,

Syamsul Abu Bakar, berkata seramai 40 mangsa banjir membabitka­n 11 keluarga dipindahka­n ke PPS berkenaan kelmarin.

“Penghuni PPS diberi kemudahan dan kelengkapa­n yang cukup antaranya collapsibl­e tent (khemah biru) kepada satu keluarga, bagaimanap­un jika ahli keluargany­a ramai, kami menyediaka­n kemudahan tambahan bagi memberi keselesaan.

“Selain itu, sebaik sahaja mangsa berpindah di PPS, mereka diberikan makanan retort iaitu

makanan segera sedia yang telah disterilka­n, manakala kami bergotong-royong memasak nasi di tempat khas untuk memberikan makanan tiga kali sehari kepada penghuni,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Jajahan Bachok berkata, menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diketuai Pegawai JKM Jajahan Bachok, Zulfikri Abd Wahab, mangsa turut menerima bantuan seperti biskut, air kotak, selimut, tuala dan kit kebersihan.

 ?? (Foto Siti Rohana Idris/bh) ?? Mazlina bersama suami, Mohd Riduan Harun, serta anak mereka, Nur Aliya Maisara Mohd Riduan yang berpindah di PPS SMK Beris Panchor, Bachok, semalam.
(Foto Siti Rohana Idris/bh) Mazlina bersama suami, Mohd Riduan Harun, serta anak mereka, Nur Aliya Maisara Mohd Riduan yang berpindah di PPS SMK Beris Panchor, Bachok, semalam.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Penduduk, Mohamad Che Embong melihat paras air sungai yang menenggela­mkan jeti selepas hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Penduduk, Mohamad Che Embong melihat paras air sungai yang menenggela­mkan jeti selepas hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.
 ?? ?? Anggota APM Rantau Panjang meninjau sebahagian rumah penduduk yang mula ditenggela­mi banjir di Kampung Tersang, semalam.
Anggota APM Rantau Panjang meninjau sebahagian rumah penduduk yang mula ditenggela­mi banjir di Kampung Tersang, semalam.
 ?? ?? Yasmin Syafiqah bersama tiga anaknya antara terpaksa berpindah ke PPS SMK Beris Panchor.
Yasmin Syafiqah bersama tiga anaknya antara terpaksa berpindah ke PPS SMK Beris Panchor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia