Harian Metro

Perluas larangan di lokasi runtuhan tebing

- Network Ten

Polis Kelantan akan memperluas­kan kawasan larangan lokasi runtuhan di tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama, di sini.

Ia berikutan masih ada segelintir yang tidak mengendahk­an garisan kuning dan bertindak memasuki kawasan larangan itu semata-mata untuk merakamkan gambar termasuk membuat siaran langsung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau sudah mengarahka­n anggota agar memperluas­kan kawasan larangan secepat mungkin bagi mengelakka­n tragedi lain yang tidak diingini.

“Kita akan perluaskan lagi kawasan larangan kerana ia amat bahaya jika masuk atau mendekati, mungkin ada rekahan lagi di bawahnya kita tidak tahu.

“Memang ada yang datang semata-mata untuk mengambil gambar, jangan

cross line tali kuning, kita tak tahu bila masa akan runtuh (lagi),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tinjauan yang dibuat mendapati masih ada individu yang mendekati lokasi kejadian malah memasuki garisan kuning semata-mata untuk merakamkan gambar dan tindakan

itu dikhuatiri mengundang padah memandangk­an runtuhan baru berlaku tiga hari lalu.

Isnin lalu, dilaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan yang menyebabka­n laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian

hampir 10 meter.

Seorang penduduk yang menetap di pangsapuri berhampira­n, Lim Jan Ngoh, 79, berkata, dia bimbang jika kesan runtuhan itu merebak ke kawasan penempatan­nya memandangk­an hanya terletak kira-kira 20 meter saja dari lokasi kejadian.

 ?? ?? ADA yang tidak mengendahk­an garisan kuning yang dipasang di lokasi runtuhan di tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS
ADA yang tidak mengendahk­an garisan kuning yang dipasang di lokasi runtuhan di tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia