Harian Metro

Hipotermia cabaran besar anggota penyelamat bantu mangsa banjir

- Disasters · Kota Kinabalu

Bukan saja berhadapan dengan laluan air yang deras hingga menyukarka­n bot penyelamat malah pegawai dan anggota bomba juga berisiko berdepan hipotermia akibat kesejukan melampau ketika menjalanka­n operasi menyelamat mangsa banjir di daerah ini sejak Sabtu lalu.

Itu antara cabaran pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam menjalanka­n tugas menyelamat mangsa banjir.

Ketua BBP Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, operasi pemindahan mangsa banjir di daerah ini dijalankan sejak Jumaat lalu.

“Kekuatan anggota dari BBP seramai 36 orang dengan dibantu pegawai dan

anggota dari Kota Kinabalu, Penampang, Lintas, Putatan, Kuala Penyu dan Sipitang.

“Sejak itu, operasi dimulakan bagi proses pemindahan mangsa banjir membabitka­n 24 kampung yang terjejas banjir dan memerlukan

pemindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Cina, Balibata, Bakalau, Bingkul, Lumatai, Muhibbah Baru, Lupak, Batu 60, Batandok, Lago, Padas

Baru, Beaufort Selatan, Selagon, Taman Muhibbah, Kampung Padas Valley, Luagan, Kubu, Mempagar, Bangkalala­k, Suasa, Lubak, Pintas, Lumadan dan Jaya Baru,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

 ?? ?? ORANG ramai menggunaka­n perahu di Pekan Beaufort selepas kawasan itu yang dilanda banjir.
ORANG ramai menggunaka­n perahu di Pekan Beaufort selepas kawasan itu yang dilanda banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia