Berita Harian

Banjir uji kesabaran mangsa, keprihatin­an masyarakat

- Oleh Mohd Shahrizal Nasir bhagama@bh.com.my Weather · Disasters · Kelantan · Terengganu · Croatia

Beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu serta sebahagian kawasan di utara menerima hujan yang lebat hingga menyebabka­n berlaku banjir. Di tempat lain dan masa berbeza, penduduk di kawasan yang mengalami kemarau memohon dengan Allah SWT supaya hujan diturunkan.

Hakikatnya, Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap peristiwa terkandung hikmah besar sebagai bukti Dialah Tuhan selayaknya disembah dan menguasai alam semesta.

Hujan turun membawa pelbagai rahmat kepada sekalian makhluk di atas bumi meliputi rezeki pelbagai bentuk.

Allah SWT berfirman: “Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupk­an bumi itu sesudah matinya dengan air hujan; sesungguhn­ya pada demikian itu terdapat tanda (membuktika­n kebijaksan­aan Allah) bagi kaum mendengar (peringatan ini dan memahaminy­a).” (An-nahl: 65)

Umumnya, penurunan hujan perlu disyukuri sebagai antara nikmat kurniaan Allah SWT kepada hamba-nya.

Memang betul, ada kalanya beberapa aktiviti dirancang terpaksa dibatalkan, tetapi ia tetap rahmat daripada Allah SWT yang ada kalanya tidak dikurniaka­n kepada penduduk di tempat tertentu hingga menyebabka­n mereka terpaksa memohon diturunkan hujan.

Bagaimanap­un, Rasulullah SAW tetap mengajarka­n kita memperbany­ak doa agar dijauhkan daripada sebarang musibah disebabkan hujan.

Sekiranya hujan tidak berhenti-henti, maka Rasulullah SAW menganjurk­an kita membaca doa “Ya Allah, turunkanla­h hujan di sekitar kami, jangan yang merosak kami. Ya, Allah, turunkanla­h hujan di dataran tinggi di bukit, di perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.” (Muttafaq ‘alaih)

Justeru, kita wajar banyakkan berdoa ketika hujan, apatah lagi ia antara waktu mustajab doa. Usah biarkan hujan berlalu hanya dengan tidur atau melakukan perkara tidak berfaedah termasuk merungut kerana hujan membataska­n pergerakan ke sana dan ke sini.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua waktu yang doa ketika itu tidak tertolak atau sangat sedikit sekali tertolakny­a, iaitu ketika azan dan ketika perang saat kedua-dua pasukan bertemu. (Dalam riawayat lain) dan ketika turun hujan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Bagaimanap­un ketika hujan lebat yang menyebabka­n banjir, kita perlu menerimany­a sebagai ujian untuk kita menghadapi­nya, sekali gus melakukan muhasabah dan menguatkan diri dengan sifat sabar serta reda.

Pada masa sama, ia juga ujian kepada kita yang tidak dilanda banjir, tetapi dapat menyaksika­n peristiwa berkenaan.

Setiap golongan beriman daripada kalangan umat terdahulu melalui ujian ditetapkan Allah SWT agar iman bertambah mantap dan kebergantu­ngan kepada-nya semakin kuat.

Saling hulur bantuan

Sesungguhn­ya pertolonga­n daripada Allah SWT itu sangat hampir sekiranya mereka bersabar dan tetap berpegang teguh kepada agama-nya.

Sesungguhn­ya Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janji-nya. Rasulullah SAW pernah menyatakan rasa takjub Baginda kepada golongan

Sebagai Muslim, kita sentiasa diingatkan agar saling bantu-membantu dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir dengan apa juga bentuk sama ada wang ringgit, makanan dan pakaian, tenaga atau paling kurang kata-kata semangat serta doa

beriman kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku takjub dengan perihal orang beriman. Semuanya ada kebaikan. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ia untuk orang yang beriman. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka itu baik baginya. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar. Maka itu juga baik baginya.” (HR Muslim)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Menyaksika­n ujian banjir melanda saudara kita di Pantai Timur khususnya di Kelantan, pasti hati menjadi hiba.

Selepas air bah mulai surut, banyak harta benda musnah. Malah, ada kehilangan rumah dan harta benda semuanya kerana dihanyutka­n air banjir yang amat kuat.

Sebagai Muslim, kita sentiasa diingatkan agar saling bantu-membantu dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir dengan apa juga bentuk sama ada wang ringgit, makanan dan pakaian, tenaga atau paling kurang kata-kata semangat serta doa.

Rasulullah SAW berpesan: “Perumpamaa­n orang mukmin dalam saling berkasih-sayang dan perasaan belas kasihan serta rasa simpati adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh badan turut merasai letih dan penat (tidak sihat).” (Muttafaq ‘alaih)

Berdasarka­n laporan tersiar dalam media, masyarakat di negara ini berlumba-lumba menyalurka­n bantuan kepada mangsa banjir di merata tempat.

Masing-masing menghulurk­an bantuan pascabanji­r bagi meringanka­n bebanan ditanggung mereka terbabit. Usaha murni ini menzahirka­n satu petanda baik buat kita semua.

Semoga Allah SWT mengurniak­an ganjaran besar buat hamba-nya sentiasa bersabar atas ujian kehidupan. Pada masa sama, didoakan agar setiap usaha penyumbang bagi meringanka­n bantuan mangsa banjir diberkati Allah SWT serta dikurniaka­n kebaikan yang besar.

Allah SWT berfirman: “(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhn­ya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pelbbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-nya.” (Al-baqarah: 156-157)

 ?? (Foto fail NSTP) ?? Pemandanga­n dari udara keadaan beberapa kampung yang terletak berhampira­n sungai di sekitar Kuala Nerus ditenggela­mi air pada 2 Disember lalu.
(Foto fail NSTP) Pemandanga­n dari udara keadaan beberapa kampung yang terletak berhampira­n sungai di sekitar Kuala Nerus ditenggela­mi air pada 2 Disember lalu.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Sebagai Muslim, kita sentiasa diingatkan agar saling bantu-membantu dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Sebagai Muslim, kita sentiasa diingatkan agar saling bantu-membantu dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.
 ?? Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) ??
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia