Harian Metro

Stok 1,600 tan metrik

- Oleh Nazdy Harun am@hmetro.com.my Marang Business · Malaysia · Muhammad · Kelantan · Pahang · Terengganu

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) mencukupi.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya yang bekerjasam­a dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan swasta mempunyai stok penimbal bekalan ikan sebanyak 1,600 tan metrik.

Menurutnya, turut membantu menjamin bekalan adalah stok yang disimpan pihak swasta lain yang bergerak sendirian dan turut mengimport ikan.

“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaska­n bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kami simpan ikan import,” katanya pada sidang media selepas Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Marang di Kompleks Perikanan LKIM Marang di sini, semalam.

Menurutnya, langkah sewajarnya turut diambil bagi memastikan bekalan cukup hingga tidak berlaku kenaikan harga mahupun peniaga mengambil kesempatan.

“Sebab soal harga bukan di bawah seliaan LKIM atau Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, ia

“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaska­n bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kita simpan ikan import” Muhammad Faiz Fadzil

di bawah kementeria­n lain. Tugas kami memastikan bekalan ikan sentiasa ada setiap masa,” katanya.

Mengulas mengenai peruntukan RM200,000 kepada nelayan berdaftar sepanjang MTL, Muhammad Faiz berkata, ia akan diagihkan dalam bentuk bakul makanan kepada 10,000 nelayan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

 ?? Perikanan LKIM Marang. ?? MUHAMMAD Faiz (depan tiga dari kanan) menyerahka­n bantuan kepada nelayan pada Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Marang di Kompleks
Perikanan LKIM Marang. MUHAMMAD Faiz (depan tiga dari kanan) menyerahka­n bantuan kepada nelayan pada Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Marang di Kompleks

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia