Harian Metro

Dijangka mula reda awal April

- Kuala Lumpur Weather · Malaysia · India · France

Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkuranga­n pada awal April apabila fasa Peralihan Monsun dijangka berlaku dalam tempoh itu.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a), Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata, fasa tersebut berlaku apabila terdapat perubahan arah angin daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

“Kebiasaann­ya, pada fasa Peralihan Monsun ini, corak tiupan angin akan membawa kepada aktiviti hujan ribut petir di sebelah petang dan kita jangka situasi ini akan mula berlaku menjelang awal April.

“(Cuaca panas dan kering) masih akan bertahan sehingga seminggu ke hadapan tetapi kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang,” katanya, semalam.

Maqrun Fadzli berkata dalam menghadapi cuaca panas, orang ramai dinasihati untuk memakai pakaian yang bersesuaia­n dan selesa serta mengurangk­an aktiviti luar bagi mengurangk­an kesan terhadap suhu yang tinggi ketika ini.

Malah katanya

MetMalaysi­a

sentiasa bekerjasam­a dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatk­an taburan hujan sekiranya terdapat keperluan dan sebarang maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.

“Sebenarnya kalau kita lihat gelombang haba di

Malaysia, tak begitu bahaya jika nak dibandingk­an dengan negara lain seperti di India sehingga boleh menyebabka­n kematian namun kita memahami suasana tidak selesa yang dialami rakyat dalam keadaan panas, terutama pula dalam Ramadan, dugaan sedikit tinggi,” katanya. Bernama

“Kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang”

zPenguasaa­n Bahasa Perancis penting kerana ia antara bahasa perniagaan selepas Bahasa Inggeris serta Mandarin

z150 guru tempatan ajar Bahasa Perancis di sekolah dan universiti

 ?? ?? KEADAAN semasa Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand mulai kering ekoran musim kemarau yang melanda ketika tinjauan sekitar Rantau Panjang, semalam.
KEADAAN semasa Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand mulai kering ekoran musim kemarau yang melanda ketika tinjauan sekitar Rantau Panjang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia