Harian Metro

RM3.5j bantu mangsa banjir

Setiap ketua isi rumah yang terjejas dengan kejadian bah di Kedah akan menerima RM500

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my Alor Setar Disasters · Muhammad

Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM3.5 juta bagi membantu keluarga yang terjejas akibat banjir pada November tahun lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata menerusi peruntukan itu, setiap ketua isi rumah akan menerima RM500 yang juga akan diagihkan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah itu disemak semula selepas kerajaan negeri mendapati bilangan sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda daripada angka yang direkodkan di lokasi PPS.

“Ada juga orang yang berpindah walaupun rumah dia tak tenggelam tapi dia berpindah kerana jalan terputus, ada juga PPS terlalu padat, maka dipilih untuk duduk rumah dan kita benarkan, kita hantar makanan macam biasa.

“Kita akan jalankan bancian jumlah sebenar mangsa banjir, kita akan minta Pengerusi Majlis Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (MPKK) untuk pengesahan.

“Kita anggarkan jumlah sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda , jadi kita peruntukan RM3.5 juta supaya setiap isi rumah menerima sekurang-kurangnya RM500. Bayaran akan dibuat pada bulan Januari, dan kita harap

sekurang-kurangnya dapat bantu mangsa untuk buat persiapan anak-anak kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpuna­n Penjawat Awam negeri di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga sudah membuat persiapan untuk menghadapi kemungkina­n bencana alam

tahun ini termasuk musim kemarau berpanjang­an dan banjir.

Katanya, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) diarahkan untuk memastikan bekalan air mencukupi selain memberi tumpuan kepada projek tebatan banjir.

“Banyak projek tebatan banjir tertangguh selama bertahun-tahun dan kini sedang dalam pelaksanaa­n. Kita harap kementeria­n

Kita anggarkan jumlah sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda, jadi kita peruntukka­n RM3.5 juta supaya setiap isi rumah terima sekurang-kurangnya RM500”

Muhammad Sanusi

dan agensi yang bertanggun­gjawab dapat mempercepa­tkan projek-projek ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n kerana menyalurka­n peruntukan untuk membaiki infrastruk­tur yang rosak akibat banjir di Kedah.

“Terima kasih juga kepada penjawat awam dan agensi lain yang bertungkus-lumus semasa banjir di Kedah antara 17 September hingga 16 Oktober dan seterusnya dari 26 hingga 28 November tahun lalu,” katanya.

 ?? ?? SEORANG penunggang motosikal meredah banjir di Kubang Pasu, pada November tahun lalu.
SEORANG penunggang motosikal meredah banjir di Kubang Pasu, pada November tahun lalu.
 ?? ?? KEADAAN banjir di Kepala Batas yang menjejaska­n aliran trafik.
KEADAAN banjir di Kepala Batas yang menjejaska­n aliran trafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia