Berita Harian

Banjir Indonesia jejas lebih 120,000 penduduk

Wilayah Bekasi, Banten antara kawasan paling teruk terjejas

- Weather · Disasters · Indonesia · people · Jakarta · Bogor · Tangerang · Bekasi · Bantam

Sekurang-kurangnya 124,816 penduduk terjejas akibat banjir yang melanda kawasan metropolit­an, merangkumi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi serta sebahagian wilayah Banten.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan, pihak berkuasa memantau situasi dengan rapi serta menyelaras usaha bantuan termasuk pemindahan mangsa, pengagihan makanan dan perkhidmat­an kecemasan.

Selaraskan bantuan

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari, berkata setakat jam 7 malam kelmarin, banjir menjejaska­n 13,704 keluarga atau kira-kira 51,320 penduduk di 18 kampung dalam 10 mukim di Kabupaten Bekasi.

“Kawasan terjejas termasuk Bojongmang­u, Cikarang Utara, Cikarang Timur dan beberapa kawasan lain, paras air belum surut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut memaklumka­n, wilayah Bekasi dan Banten kawasan paling teruk terjejas, diikuti Jakarta dan Depok.

Bagi mengurangk­an risiko banjir berlanjuta­n, BNPB merancang operasi weather modificati­on dari 4 hingga 8 Mac di

kawasan hulu Puncak Bogor, bertujuan mengurangk­an intensiti hujan yang menjadi punca utama banjir di kawasan rendah.

“Usaha ini bagi mengalihka­n taburan hujan dari kawasan berisiko tinggi untuk meminimumk­an kerosakan lanjut,” kata Abdul Muhari.

Beliau juga berkata, pihak berkuasa terus menilai kerosakan dan menyelaras bantuan kepada mereka yang terjejas.

BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ?? Pasukan penyelamat memindahka­n penduduk yang terperangk­ap banjir di daerah Pasar Minggu, Jakarta, kelmarin.
(Foto AFP) Pasukan penyelamat memindahka­n penduduk yang terperangk­ap banjir di daerah Pasar Minggu, Jakarta, kelmarin.
 ?? (Foto REUTERS) ?? Kawasan kediaman ditelengga­mi air selepas hujan lebat melanda Bekasi, Indonesia, kelmarin.
(Foto REUTERS) Kawasan kediaman ditelengga­mi air selepas hujan lebat melanda Bekasi, Indonesia, kelmarin.
 ?? ?? Abdul Muhari
Abdul Muhari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia