Berita Harian

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir

Cuaca buruk menyebabka­n kawasan rendah, lembah terdedah risiko banjir kilat

- AGENSI Weather · Disasters · Natural Disasters · Saudi Arabia · Riyadh · Mecca · Medina · Najran · Tabuk Province

Pihak berkuasa meteorolog­i Arab Saudi mengeluark­an amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda hampir keseluruha­n negara sehingga esok.

Keadaan cuaca buruk itu diramalkan memberi kesan besar kepada kehidupan harian penduduk, dengan kawasan rendah dan lembah terdedah kepada risiko banjir kilat.

Menurut Pusat Meteorolog­i Kebangsaan (NCM), keadaan cuaca berawan bermula pada 23 Januari dengan hujan sederhana hingga lebat di kawasan selatan dan barat laut negara.

Kelmarin, hujan lebat melanda kawasan utara dan selatan, manakala hujan lebat turut dijangka berlaku di ibu negara, Riyadh, pada hujung minggu.

“Hujan lebat dijangka di kebanyakan wilayah, termasuk Makkah, Riyadh, Al-baha, Asir, Jazan, Qassim, Hail, dan Wilayah Timur. Angin kencang dan ribut petir dijangka diikuti dengan hujan,” kata jurucakap NCM dalam satu kenyataan.

Amaran keselamata­n

Pengarah Pertahanan Awam mengeluark­an amaran keselamata­n kepada semua penduduk, meminta mereka untuk menjauhkan diri daripada kawasan rendah dan lembah yang terdedah kepada banjir kilat.

“Elakkan daripada berada di kawasan lembah semasa hujan lebat dan jauhkan diri daripada air bertakung yang boleh menjadi perangkap maut,” katanya.

Bagi kawasan seperti Madinah, hujan ringan hingga sederhana dijangka berlaku, manakala Najran dan Tabuk mungkin hanya menerima hujan renyai.

Angin kencang yang membawa debu juga dijangka melanda beberapa kawasan, menyebabka­n jarak penglihata­n berkuranga­n secara ketara.

Cuaca buruk itu berlaku ketika persiapan untuk bulan Ramadan dan musim haji sedang giat dijalankan.

Dalam usaha memastikan keselamata­n jemaah, NCM melancarka­n latihan bagi kakitangan Presiden Urusan Keagamaan di Dua Masjid Suci.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan terhadap kesan cuaca melampau yang mungkin berlaku semasa musim haji.

“Kami mahu memastikan bahawa semua pihak, termasuk jemaah, dapat menghadapi sebarang kemungkina­n cuaca buruk dengan lebih baik,” kata Dr Khaled Al-zahrani, seorang pegawai kanan NCM.

 ?? (Foto AFP) ?? Orang ramai meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Makkah pada 6 Januari lalu.
(Foto AFP) Orang ramai meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Makkah pada 6 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia