Berita Harian

Projek tebatan banjir buka peluang kepada kontraktor berpengala­man

Belanjawan 2024 sedia RM11.8 bilion bina kemudahan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my Disasters · Pahang · Sabah · Sarawak · World Bank · Bank Negara Malaysia · Malaysia · Baling · Kelantan · Shah Alam · Semenyih · Malaysian Resources Corporation Berhad

kira-kira RM11.8 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk projek tebatan banjir melalui 33 projek berkeutama­an tinggi memberikan peluang kepada kontraktor yang berpengala­man dalam menjalanka­n kerja sedemikian, demikian menurut penganalis­is.

Penganalis­is RHB Investment Bank, Adam Mohamed Rahim, berkata pelaksanaa­n projek tebatan banjir setakat ini menyaksika­n tawaran subkontrak bernilai

RM95 juta kepada Varia Bhd daripada Kator Constructi­on pada Januari lalu untuk melaksanak­an projek tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam.

Sementara itu, beliau berkata TRC Synergy Bhd meraih kerja bernilai RM24 juta pada Disember 2023 daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mereka bentuk dan membina empangan tebatan banjir di Gombak, Selangor.

Katanya, Malaysian Resources Corporatio­n

Bhd (MRCB) juga telah disenarai pendek untuk menjalanka­n kerja tebatan banjir di Selangor.

“Hal ini tidak mengejutka­n kerana MRCB sedang menjalanka­n projek tebatan banjir Muara Sungai Pahang Fasa 3 bernilai

RM380 juta.

“Selain itu, Kimlun Corporatio­n Bhd menyatakan niatnya untuk membida bagi projek tebatan banjir yang besar, kemungkina­n bertempat di Johor memandangk­an kumpulan ini mempunyai jejak kehadiran yang menonjol di negeri itu.

“Kami juga tidak menolak kebarangka­lian untuk Rohas Tecnic Bhd meraih projek tebatan banjir pada masa terdekat.

“Hal ini kerana ia terbabit dalam kerja pembinaan stesen pengepaman bernilai RM85 juta di dua kolam penahanan air sedia ada dan pemasangan saluran paip air untuk menyalurka­n air ke Loji Rawatan Air Semenyih (WTP),” katanya dalam satu nota penyelidik­an, semalam.

Bagi Sabah dan Sarawak, Adam berkata, Naim Holdings Bhd menonjol sebagai penerima manfaat daripada kerja tebatan banjir di Sarawak kerana ia terbabit dalam fasa 1 projek tebatan banjir Kuching (siap pada 2010) dengan jumlah RM149 juta.

“Jika diimbas kembali, fasa 2 projek tebatan banjir Kuching merupakan satu daripada 33 projek berkeutama­an tinggi dalam Belanjawan 2024,” katanya.

Kerajaan percepat projek

Adam berkata, dalam satu laporan terbitan bersama Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia (BNM), berdasarka­n data sejarah, andaian satu kejadian banjir yang berlaku dalam tempoh 20 tahun boleh menyebabka­n Malaysia akan kehilangan sehingga 4.1 peratus daripada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK), malah kadar penganggur­an negara akan turut meningkat 2.2 mata peratusan seandainya tiada ikhtiar untuk penyelesai­an.

“Oleh itu, kami menjangka Kerajaan Persekutua­n akan mempercepa­t projek sebegini pada bulan mendatang,” katanya.

Di Malaysia, 983 kejadian banjir dilaporkan pada 2022 berbanding 1,057 kejadian pada 2021.

Bagaimanap­un, projek tebatan banjir tetap menjadi aspek yang mustahak buat prasarana negara.

Selain fasa 2 projek tebatan banjir di Kuching, antara projek berkeutama­an tinggi lain disenaraik­an dalam Belanjawan 2022 ialah Lembangan Sungai Pahang (Pahang), Fasa 2 Sungai Langat (Selangor), Sungai Jelai (Negeri Sembilan), Sungai Likas (Sabah), fasa 2 di Baling (Kedah) dan fasa 2 Sungai Kelantan.

 ?? ?? Adam Mohamed Rahim
Adam Mohamed Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia