Harian Metro

68 mangsa pindah ke PPS

- Society · Disasters · Malaysia · Network Ten

Seramai 68 mangsa membabitka­n 14 keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir yang menenggela­mkan Kampung Sungai Bedaun, Samariang, di sini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, kampung berkenaan dinaiki banjir jam 10.30 malam kelmarin susulan hujan lebat yang berlaku sejak petang kelmarin.

Beliau berkata, kejadian itu menjejaska­n 12 kediaman yang dihuni 14 keluarga.

“Mangsa dipindahka­n membabitka­n 33 lelaki dan 35 wanita termasuk 14 daripadany­a adalah kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan,” katanya.

Setakat jam 9.30 pagi semalam, banjir sudah surut namun pemantauan terus dijalankan berikutan hujan berterusan di sekitar bandar raya ini namun tidak lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia