Harian Metro

Cuaca panas di Sik, Baling cecah 37 darjah Celcius

- Weather · Muhammad

Alor Setar: Pokok Sena, Sik dan Baling mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) sejak kelmarin, dengan rekod menunjukka­n, suhu maksimum harian di daerah terbabit antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Pengarah Pejabat Meteorolog­i Kedah Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, suhu maksimum berkenaan dijangka berlarutan sekurang-kurangnya sehingga hari ini.

“Cuaca panas ini dijangka berterusan hingga hujung Mac atau awal April apabila fasa peralihan monsun berlaku.

“Elakkan terdedah kepada cuaca panas ketika ini dan jika tiada urusan di luar, duduk saja di rumah,”

“Cuaca panas ini dijangka berterusan hingga hujung Mac atau awal April apabila fasa peralihan monsun berlaku. Elakkan terdedah kepada cuaca panas ketika ini dan jika tiada urusan di luar, duduk saja di rumah”

katanya dihubungi, semalam.

“Elakkan juga daripada melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk,” katanya lagi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia