Harian Metro

Bina reban rakit elak rugi

- Disasters · Meat · Poultry meat · Food · Abdul Halim · Kota Bharu

Pengalaman pahit kerugian ribuan ringgit selepas ternakan mati dalam banjir mendorong penternak ayam dan itik di pantai timur melakukan persediaan untuk menyelamat­kan ternakan masing-masing lebih awal.

Di TERENGGANU, Abdul Halim Abdul Manap, 32, membina reban rakit pada tahun ini untuk menempatka­n lebih 100 ayam dan itik diternakny­a.

“Saya menghabisk­an RM500 untuk bina reban ini atas tunjuk ajar bapa saudara dan menggunaka­n kayu manakala tong plastik besar sebagai pelampung.

“Ia boleh memuatkan 150 ayam dan itik pada satu-satu masa dan saya buat reban ini beberapa bulan lalu kerana bimbang banjir mengejut,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Pengkalan Ajal, di sini.

Selain reban rakit, katanya dia juga membina rak di dalam rumah bagi meletakkan barangan dan pakaian bagi mengelak ditenggela­mi banjir yang biasanya bertandang sebanyak dua kali setahun.

Sementara itu di RANTAU PANJANG, KELANTAN, Mohd Hirwan Faizal Che Rajiuon, 42, memindahka­n lebih 50 ternakan ayam baka ke rumah ibu bapanya di Kota Bharu yang bebas banjir.

Katanya, tahun lalu dia rugi RM50,000 kerana tidak sempat memindahka­n ternakan itu lebih awal dan semuanya mati dalam banjir di rumahnya di Kampung Tersang.

Walau terpaksa berulang alik dari Rantau Panjang Ke Kota Bharu yang berjarak 80 kilometer, pemilik kedai ayam dan unggas itu tidak kisah asalkan ternakanny­a selamat.

“Kira-kira 20 ayam baka bernilai tinggi sudah saya letak di rumah orang tua yang bebas banjir, namun 10 ekor yang lain didapati mati disebabkan rumah saya naik air sejak enam hari lalu.

“Ayam baka memang agak sensitif dengan cuaca sejuk, ia mudah sakit dan mati, malah ada beberapa ekor ayam saya dimakan ular kerana pada musim banjir memang banyak haiwan berbisa di sekitar rumah,” katanya.

Menurutnya, proses memindahka­n semua ayam sudah dilakukan sejak seminggu lalu dengan ada yang diletakkan di rumah rakan untuk sementara waktu.

 ?? ?? ABDUL Halim membina reban rakit bagi mengelak mengalami kerugian besar berikutan setiap tahun ternakanny­a mati akibat banjir.
ABDUL Halim membina reban rakit bagi mengelak mengalami kerugian besar berikutan setiap tahun ternakanny­a mati akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia