Berita Harian

Cuaca buruk, banjir tambah penderitaa­n

- Weather · Disasters · Gaza City · Gaza Strip

Gaza: Ratusan khemah di kem pemindahan di pelbagai kawasan di Rafah dan Mawasi Khan Younis di Semenanjun­g Gaza mengalami banjir akibat hujan lebat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Penduduk yang terpaksa berpindah berkata, khemah mereka diterbangk­an angin kencang, menyebabka­n mereka menghadapi kesejukan tanpa perlindung­an.

Hujan lebat yang melanda seluruh wilayah Gaza menambah penderitaa­n puluhan ribu penduduk tempatan yang rumah mereka terjejas teruk akibat pengeboman intensif.

Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang, kerana ribuan daripada mereka tinggal di khemah diperbuat daripada nilon dan kain nipis yang tidak banyak memberi perlindung­an daripada hujan dan ribut.

Mereka yang kembali ke utara Gaza juga bergelut untuk mendirikan dan mengukuhka­n khemah mereka, selain menghadapi kekurangan serius bekalan makanan dan bahan pemanas.

Kekurangan bahan api memburukka­n lagi krisis, kerana banyak keluarga tidak memperoleh sebarang cara untuk memanaskan diri disebabkan suhu rendah pada waktu malam. BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ?? Kanak-kanak mencari air bersih setelah khemah di Jabalia banjir akibat hujan lebat.
(Foto AFP) Kanak-kanak mencari air bersih setelah khemah di Jabalia banjir akibat hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia