Harian Metro

Tawar bantuan khas bah

Bank Muamalat sediakan moratorium pembiayaan individu, bisnes hingga 6 bulan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri am@hmetro.com.my Business · Banking · Finance · Malaysia · Financial Technology

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), menawarkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan sehingga enam bulan.

Ia termasuk penggantia­n kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran serta pengecuali­an caj transaksi pengeluara­n RM1 menerusi mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) kepada pelanggann­ya yang terjejas ekoran situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terbabit.

“Sebagai institusi kewangan Islam yang sentiasa komited dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik,

Bersama’ pelanggan, kami bertanggun­gjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti menempuhi waktu getir ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana ini boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan Service Request Form (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel bantuanban­jir@muamalat.com.my.

“Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentas­i dan kelulusan permohonan dipermudah­kan,” katanya dalam kenyataan.

 ?? ?? PELANGGAN yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana banjir boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan SRF yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat.
PELANGGAN yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana banjir boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan SRF yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat.
 ?? ?? KHAIRUL Kamarudin
KHAIRUL Kamarudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia